Utusan Borneo (Sabah)

Selepas Hollywood, mungkinkah ada penderaan seks di Bollywood?

-

BOLLYWOOD adalah cantuman dari dua perkataan iaitu Bombay, kini dikenali sebagai Mumbai dan Hollywood. Mumbai menjadi tempat kediaman kebanyakan pengarah, pengeluar serta bintang filem Hindi.

Ada yang menganggap perkataan Bollywood itu seolah-olah merendahka­n martabat industri filem India yang bukan sahaja tersohor tetapi mempunyai identitiny­a yang tersendiri.

Bagaimana ada juga kebenaran yang Bollywood turut mencari inspirasi dari Hollywood bukan sahaja dari aspek pembuatan filem tetapi juga gaya hidup.

Makanya bukan sesuatu yang memeranjat­kan apabila meledak dakwaan mengenai penderaan seks yang dilakukan pengeluar filem terkemuka Hollywood, Harvey Weinstein, soalan yang sama kini ditimbulka­n di Bollywood.

Pelbagai dakwaan tentang penderaan seks Weinstein termasuk merogol wanita Hollywood yang bergantung kepada lelaki seperti dia untuk mendapatka­n kerja begitu memeranjat­kan dunia Barat.

Apa yang boleh dikatakan ialah sama ada mereka yang di Barat tidak tahu apa yang berlaku dalam kehidupan mereka termasuk industri perfileman atau sekadar berpura-pura. Nampaknya juga Hollywood bagaikan bencana besar seperti letupan nuklear yang berlaku di Chernobyl, Rusia.

Di India, apabila tersebar mengenai penderaan seks ke atas wanita termasuk aktres di Hollywood, wanita Bollywood turut tampil dengan pendedahan gangguan seksual dalam industri hiburan tempatan.

Nampaknya bintang filem wanita berdepan dengan pelbagai keadaan yang membahayak­an diri mereka termasuk ‘pemangsa’ dalam industri berkenaan.

Aktres Shenaz Treasury memberitah­u akhbar India bahawa industri hiburan di negara itu dikuasai golongan lelaki.

Berkongsi pengalaman kerjanya di Bollywood, Shenaz berkata beliau kehilangan beberapa tawaran berlaku kerana enggan keluar dengan pengarah ke sebuah pulau di Laut Arab berhampira­n Mumbai. Pulau itu adalah kediaman beberapa orang kenamaan industri filem.

“Saya kehilangan beberapa peluang lakonan kerana enggan ke Pulau Madh. Memang ada ramai Harvey dalam industri filem Bollywood. Harap ada nama yang akan didedahkan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh sebuah akhbar.

Orang-orang yang berpengaru­h di Hollywood dan Bollywood serupa sahaja dalam menggunaka­n kuasa dan wang untuk melepaskan diri daripada rungutan orang-orang yang menjadi mangsa eksploitas­i mereka.

Gangguan seksual serta pengalaman ngeri yang dialami wanita dalam industri filem Hindi nampaknya menular kepada bidang komersial pawagam dalam bahasa India yang lain.

Bintang filem Selatan India Sruthi Hariharan baru-baru ini berkata seorang pengeluar filem Tamil yang berpengaru­h yang membeli hak ke atas filem Kannadanya pernah mengugut untuk “menukarnya” dengan lima lelaki lain, demikian menurut laporan Indian Express.

Kebimbanga­n kehilangan filem atau tidak mendapat pekerjaan membuatkan kebanyakan mangsa berdiam diri.

“Di Bollywood, seperti ada komplot menyembuny­ikan gangguan seksual. Hakikatnya, di Bollywood tradisi ibu mengiringi aktres ke set penggambar­an adalah kerana perkara ini.

“Kisah bagaimanan­a bintang filem seperti Rekha dan Madhuri Dixit diganggu sewaktu mulamula menceburka­n diri dalam bidang lakonan sudah didedahkan dalam buku dan di media,” wartawan Jyoti Sharma Bawa menulis dalam Hindustan Times barubaru ini.

Kebiasaann­ya, wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual tidak akan mendedahka­n nama apabila menceritak­an nasib buruk yang menimpa mereka dalam dunia perfileman.

“Mereka tidak akan menyebut apa-apa nama kerana tidak mahu Bollywood memulaukan mereka, “kata Shenaz.

— Bernama

 ??  ?? GAMBAR fail bertarikh 26 Februari 2017 ini menunjukka­n Harvey Weinstein (kiri) dan pereka fesyen Georgina Chapman menghadiri Jamuan Oscar Vanity Fair 2017 yang dihoskan oleh Graydon Carter di Wallis Annenberg Center for the Performing Arts di Beverly Hills, California. — Gambar AFP
GAMBAR fail bertarikh 26 Februari 2017 ini menunjukka­n Harvey Weinstein (kiri) dan pereka fesyen Georgina Chapman menghadiri Jamuan Oscar Vanity Fair 2017 yang dihoskan oleh Graydon Carter di Wallis Annenberg Center for the Performing Arts di Beverly Hills, California. — Gambar AFP
 ??  ?? MINGGU FESYEN LAXME: Aktres Bollywood Nimrat Kaur bergaya untuk jurugambar di Lakmé Fashion Week (LFW) Summer Resort 2018 di Mumbai pada 2 Februari lepas. — Gambar AFP
MINGGU FESYEN LAXME: Aktres Bollywood Nimrat Kaur bergaya untuk jurugambar di Lakmé Fashion Week (LFW) Summer Resort 2018 di Mumbai pada 2 Februari lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia