Utusan Borneo (Sabah)

Azizah alu-alukan penyelidik lakukan kajian tentang rumbia

Azizah alu-alukan penyelidik lakukan kajian tentang rumbia

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mengalu-alukan kedatangan para penyelidik dari dalam mahupun luar negara untuk melakukan kajian tentang rumbia.

Beliau berkata, kajian terperinci boleh dilaksanak­an oleh para penyelidik memandangk­an kerajaan telah menyediaka­n satu pusat khas yang terletak di daerah Kuala Penyu.

“Saya mengalu-alukan para penyelidik yang berminat melakukan kajian tentang rumbia untuk datang ke Pusat Informasi Rumbia yang terletak di Kuala Penyu.

“Pusat ini bukan sahaja diwujudkan untuk para pelancong tetapi pada masa sama boleh dijadikan sebagai pusat penyelidik­an mengenai rumbia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Randevu di Pusat Informasi Rumbia, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu Datuk

“Kajian terperinci boleh dilaksanak­an oleh para penyelidik memandangk­an kerajaan telah menyediaka­n satu pusat khas yang terletak di daerah Kuala Penyu. ” DATUK AZIZAH MOHD DUN Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Limus Jury.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u, tujuan beliau mengajak penyelidik bagi melakukan kajian tentang rumbia adalah bagi mengenal pasti potensi lain rumbia.

Katanya, rumbia yang dikenali rakyat di Sabah mempunyai pelbagai kegunaan seperti untuk atap rumah selain kraftangan serta makanan tradisi masyarakat di negeri ini yang lebih dikenali sebagai ‘sagu’ atau ‘pinantung’.

Beliau turut mengajak orang ramai khususnya rakyat di negara ini untuk datang berkunjung ke Pusat Informasi Rumbia bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang rumbia yang amat sinonim dengan masyarakat di Sabah.

“Orang-orang kita juga dijemput datang ke Pusat Informasi Rumbia ini. Saya yakin banyak ilmu serta info yang dapat diperolehi melalui pusat yang disediakan kerajaan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Azizah turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

 ??  ?? AZIZAH ketika mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Rumbia.
AZIZAH ketika mengadakan lawatan ke Pusat Informasi Rumbia.
 ??  ?? SALAH seorang pengunjung menerima hadiah cabutan bertuah disampaika­n Azizah.
SALAH seorang pengunjung menerima hadiah cabutan bertuah disampaika­n Azizah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia