Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpengaru­h hasutan undi rosak

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Naib Pengerusi Parti Gerakan Bahagian Silam Nicholas Voo menggesa rakyat khususnya pengundi baharu supaya tidak terpengaru­h dengan hasutan pihak tertentu untuk merosakkan undi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Menurutnya, sebagai negara yang mengamalka­n sistem demokrasi berperlemb­agaan, rakyat berhak menentukan kerajaan melalui undi pada PRU.

Katanya, tindakan merosakkan undi akan menidakkan hak rakyat seterusnya akan menghancur­kan sistem demokrasi negara.

“Jika kita terpengaru­h dengan hasutan untuk merosakkan undi, maka kitalah yang membunuh sistem demokrasi di negara ini.

“Khususnya kepada pengundi baharu, laksanakan­lah hak anda sebagai rakyat Malaysia untuk menentukan mana satu parti atau wakil rakyat untuk mentadbir negarainid­anberkhidm­at di kawasan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Nicholas menegaskan tindakan pihak terbabit yang menjadikan media sosial sebagai medan berkempen perlu ditolak secara total.

Katanya, negaranega­ra maju seperti Amerika Syarikat dan Singapura telah menubuhkan jawatankua­sa pemantauan penyebaran maklumat media sosial.

Pendekatan seperti itu adalah patut dicontohi Malaysia demi menjaga ketenteram­an negara, keharmonia­n antara masyarakat dan penggunaan media sosial yang beretika.

“Saya menasihatk­an semua pengguna laman sosial, gunakanlah dengan bertanggun­gjawab dan beretika.

“Kalau nak jadi penganjur, anjurlah aktiviti yang bermanfaat buat diri kita dan masyarakat.

“Kalau mampu, buatlah aktiviti yang boleh membawa pembanguna­n atau pembaikan kepada negara,” katanya.

Kempen #undirosak telah dilancarka­n oleh kumpulan tertentu untuk mempengaru­hi golongan pengundi muda bagi merosakkan undi mereka pada PRU akan datang.

Kempen itu didapati munculpada­7Januari20­18 selepas pembangkan­g menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika menang PRU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia