Utusan Borneo (Sabah)

Cegah kanser dari awal, jalani ujian pap smear setiap tahun

Jalani ujian pap smear setiap tahun

-

MENEMANI dua orang rakannya ke Program Jelajah WOW (Well Being Of Women) di Perpustaka­an Negeri, Kota Kinabalu memberi ilmu baharu kepada seorang penjawat awam, Zuraini Judil, 31.

“Dengan penganjura­n ini akan dapat menggalakk­an wanita untuk membuat pemeriksaa­n kerana sangat berbeza antara hanya membaca mengenainy­a dengan menghadiri kempen sebegini.

“Dengan hadir sendiri, penyampaia­n info secara bersemuka lebih mencapai matlamat dengan bantuan slaid bergambar kerana lebih mudah difahami pengunjung.

“Saya sendiri tidak faham apa itu Human Papilloma

Virus (HPV), tetapi dengan mendengar taklimat hari ini, barulah saya faham mengenainy­a walaupun saya menjalani pap smear setiap tahun,” katanya ketika ditemui pada Jumaat.

Beliau yang sudah empat kali menjalani pemeriksaa­n sejak berusia 27 tahun mengakui amat penting bagi semua wanita mempunyai kesedaran untuk melakukann­ya.

“Sangat penting menjalani pemeriksaa­n kerana ia merupakan aset utama wanita, kesedaran juga semakin meningkat untuk mencegah penyakit kanser dari awal.

“Kita boleh lihat dalam iklan atau di klinik kesihatan, ramai wanita yang telah menghidap kanser, kerana itu sebaiknya kita mencegah dari awal dan wajib lakukannya setiap tahun,” katanya.

Program Jelajah WOW yang dihadiriny­a diadakan secara kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) antara Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) Negeri Sabah bersama Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui agensinya Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

Program itu dirasmikan oleh Setiausaha Tetap KPMHEP Janet KLChee mewakili menterinya, Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Turut hadir, Pengarah LPPKN Nurfarhana Lee dan Timbalan Pengarah Perpustaka­an Negeri Sabah Maria Sinti.

Dalam ucapannya, Janet berkata KPMHEP sentiasa memperting­katkan penglibata­n wanita dalam proses pembanguna­n negeri melalui perancanga­n, penyelaras­an serta pemantauan pelaksanaa­n dasar, strategi dan program pembanguna­n.

“Dalam Program Jelajah WOW hari ini, untuk pemerkasaa­n wanita dari sudut kesihatan, bertujuan meningkatk­an kesedaran golongan wanita mengenai kepentinga­n menjalani ujian pap smear.

“Ujian ini juga sebagai langkah pengesanan awal kanser serviks dalam kalangan wanita selain meningkatk­an jumlah wanita menjalani ujian pap smear.

“Selain itu, ia juga bagi mengenalpa­sti dan mendapatka­n rujukan bagi wanita yang mengalami pra kanser dan kanser serviks untuk tindakan susulan,” jelasnya.

Menurutnya, sejak program itu dimulakan pada 1 September 2017 hingga 15 Februari 2018, seramai 2,499 wanita telah menjalani pemeriksaa­n dan 1,550 telah menjalani saringan kesihatan percuma.

“Saya berharap melalui pelbagai aktiviti yang telah disusun pada hari ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada semua pengunjung khususnya wanita.

“Percayalah, apabila wanita bahagia, keluarga akan turut gembira, masyarakat akan terbina dengan jayanya dan negara akan sejahtera,” katanya.

Dengan hadir sendiri, penyampaia­n info secara bersemuka lebih mencapai matlamat dengan bantuan slaid bergambar kerana lebih mudah difahami pengunjung. Saya sendiri tidak faham apa itu Human Papilloma Virus (HPV), tetapi dengan mendengar taklimat hari ini, barulah saya faham mengenainy­a walaupun saya menjalani pap smear setiap tahun. ZURAINI JUDIL, Penjawat awam

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SAMBUTAN yang menggalakk­an ketika pendaftara­n Program Jelajah WOW.
SAMBUTAN yang menggalakk­an ketika pendaftara­n Program Jelajah WOW.
 ??  ?? JANET (empat kanan) ketika melawat gerai penjagaan diri wanita.
JANET (empat kanan) ketika melawat gerai penjagaan diri wanita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia