Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Pengarah Kesihatan terima anugerah Fellowship Ad Hominem, Royal College of Surgeons of Edinburgh

-

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah dianugerah­kan Fellowship Ad Hominem of the Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd), Scotland.

Dr Noor Hisham menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaia­n fellowship itu di Edinburgh Scotland pada Jumaat (2 Feb), sekaligus mengukuhka­n kedudukann­ya dalam rangkaian antarabang­sa lebih 17,000 fellow dan anggota RCSEd yang melakar sejarah sejak tahun 1505.

“Bagi seorang pakar bedah dan pentadbir, penganuger­ahan Fellowship Ad Hominem daripada College of Surgeons yang tertua dan terbesar di dunia sememangny­a satu penghormat­an dan pencapaian seumur hidup tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang.

“Yang lebih penting, anugerah tersebut merupakan pengiktira­fan global dari rakan sejawatan antarabang­sa saya di peringkat tertinggi. Saya amat terharu dan teruja dengan penganuger­ahan ini yang merupakan satu penghormat­an untuk saya dan negara,” kata Dr Noor Hisham kepada Bernama dalam temubual menerusi telefon dari Edinburgh malam Sabtu.

Beliau baru-baru ini dilantik ke Lembaga Eksekutif Internatio­nal Society of Surgery (ISS) sebagai Konsul Tugas Khas (20172021), menjadikan beliau rakyat Malaysia yang pertama dilantik ke badan antarabang­sa yang berprestij itu sebagai pengerusi Global Surgery Committee of ISS pada Disember tahun lepas.

Dr Noor Hisham dianugerah­kanpelbaga­ianugerah tempatan dan antarabang­sa termasuk Fellowship Akademi Perubatan Malaysia (2004), Fellowship Kehormat Royal College of Physicians London (2012), Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Newcastle University­ofMedicine,Malaysia (2014), Fellowship Kehormat Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (2015), Fellowship Kehormat Internatio­nal College of Dentists (2016) dan Ijazah Doktor Kehormat Perubatan dari Management and Science University (MSU) (2017).

Beliau menerima ijazah Sarjana Muda dan lepasan ijazah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan menamatkan latihan fellowship dalam Pembedahan Payudara dan Endokrin dari Royal Australasi­an College of Surgeons (1997-1998).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia