Utusan Borneo (Sabah)

Wanita maut dipukul suami

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seorang wanita warga asing maut akibat dipukul suami dalam kejadian di Kampung Sandak Batu 10 pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata mangsa berumur 38 tahun meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.20 malam.

“Polis telah pergi ke lokasi kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sandak Batu 10 bagi menjalanka­n siasatan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam Sabtu di mana suspek (suami mangsa) telah bertengkar dengan anak sulung mereka,” katanya.

Beliau berkata ketika mangsa meleraikan pergaduhan antara suami dan anaknya, suaminya telah naik berang lalu bertindak menendang, menolak serta menghempas mangsa ke lantai sehingga menyebabka­n kepala mangsa terhentak dan tidak sedarkan diri.

“Mangsa telah dibawa ke hospital oleh jiran-jirannya namun meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya.

Azhar berkata suami dan anak mangsa telah melarikan diri selepas kejadian dan rumah mangsa kosong semasa pihak polis tiba di rumah mangsa.

“Atas maklumat diperolehi, sekitar jam 6.30 pagi Ahad, telah berjaya menahan suami mangsa di sebuah rumah di Jalan Settlement Batu 12 kerana disyaki terlibat dalam kes ini,” katanya.

Beliau berkata suspek akan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Azhar turut mengucapka­n terima kasihkepad­amasyaraka­t awamyangme­nyalurkan maklumat sehingga tertangkap­nya suspek dalam kes terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia