Utusan Borneo (Sabah)

Kerap dekati golongan muda

Memastikan BN kuat di peringkat akar umbi

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman menggesa Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Puteri Umno agar lebih kerap mendekati golongan muda.

Pengerusi BN Sabah itu menjelaska­n ia adalah salah satu langkah mereka memastikan kekuatan BN di peringkat akar umbi terutama meraih sokongan golongan muda.

“Golongan muda terutama mereka yang pertama mengundi perlu kita dekati serta beri penjelasan tepat mengenai dasar-dasar kerajaan dan matlamat perjuangan parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Kupi-Kupi Bersama Ketua Menteri anjuran Puteri Umno Bahagian Libaran di sini, petang Ahad.

Beliau berkata golongan muda perlu mengenai dasar Transforma­si Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.

“Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi,kesejahter­aanrakyat dan inovasi,” katanya.

Musa yang juga Pengerusi Perhubunga­n Umno Sabah memuji langkah yang dibuat oleh ketua Pemuda BN Sabah yang sudah tujuh siri turun seluruh Sabah bagi bertemu golongan muda untuk menjelaska­n mengenai TN50.

“Ini akan lebih memperkasa­kan pengetahua­n golongan muda mengenai matlamat TN50 dan dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

Pada majlis itu, beliau berkongsi idea serta pandangan tentang dasardasar kerajaan yang memberi manfaat kepada semua golongan termasukla­h anak muda.

“Saya telah meluluskan peruntukan yang besar kepada Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah bagi memastikan golongan muda ini dapat manfaat selain melaksanak­an aktiviti mereka.

“Kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan khas lebih RM100 juta bagi manfaat semua golongan. Mereka boleh memohon dana bagi berniaga sekaligus dapat meningkatk­an ekonomi mereka,” katanya.

Musa turut mengingatk­an golongan muda agar tidak mudah terpengaru­h dengan pihak pembangkan­g yang bercakap kosong dan hanya tahu menabur fitnah.

“Kita dalam kerajaan akan terusbeker­jadanmenye­diakan kemudahan kepada rakyat di negeri ini,” katanya.

“Golongan muda terutama mereka yang pertama mengundi perlu kita dekati serta beri penjelasan tepat mengenai dasar-dasar kerajaan dan matlamat perjuangan parti. ”

TAN SRI MUSA AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSA menyampaik­an hadiah kepada penerima tiket bertuah.
MUSA menyampaik­an hadiah kepada penerima tiket bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia