Utusan Borneo (Sabah)

Inovasi dalam kerjasama penting

Bersama menghadapi cabaran masa kini

-

KOTA KINABALU: Inovasi dalam kerjasama penting dalam usaha semua pihak untuk mencapai sesuatu demi kebajikan rakyat secara keseluruha­n.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah antara agensi kerajaan penting, khususnya untuk bersama-sama berhadapan cabaran pada masa kini.

“NBOS atau kerjasama jikaditerj­emahkepada­usaha oleh badan bukan kerajaan (NGO), ia bukan sahaja mampumemba­ntugolonga­n kurang bernasib baik tetapi boleh meringanka­n beban mereka.

“Gen Y dalam Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) khususnya telah berusaha melakukan aktiviti kebajikan menerusi NGO seperti JCI Penampang.

“Berdasarka­n kerjasama yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan, mereka mampu melahirkan idea menganjurk­an Wheelchair Charity Run,” katanya ketika menyempurn­akan Majlis Makan Malam Amal Wheelchair Charity Run, di sini, malam Sabtu.

Beliau yang juga pemangku presiden Upko berkata, usaha sedemikian adalah satu pendekatan diinginkan kerajaan dengan berfikiran inovasi.

Katanya, pemikiran seumpamany­a sangat diperlukan bagi berhadapan pelbagaica­baranpadak­etika ini, berbanding hanya tahu mengadu sahaja.

“Kita berinovasi menyelesai­kan masalah yang ada, inilah semangat kita mahukan.

“Kita berusaha dan mencari jalan menyelesai­kan masalah yang ada dalam komuniti kita,” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Ketua Upko Bahagian Penampang Datuk Donald Peter Mojuntin, Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai, Presiden JCI M Lusoc serta tetamu Penampang 2018 Eleanor kehormat lain.

“Gen Y dalam Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) khususnya telah berusaha melakukan aktiviti kebajikan menerusi NGO seperti JCI Penampang. Berdasarka­n kerjasama yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan, mereka mampu melahirkan idea menganjurk­an Wheelchair Charity Run.”

DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

 ??  ?? PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama para penerima.
PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan bersama para penerima.
 ??  ?? MADIUS (tengah) menyampaik­an kerusi bayi kepada salah seorang penerima.
MADIUS (tengah) menyampaik­an kerusi bayi kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia