Utusan Borneo (Sabah)

Eco World giat bantu sekolah daif di Sabah

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Yayasan Eco World kini giat membantu sekolah-sekolah seluruh Sabah yang daif untuk dibaik pulih.

Pengerusi Yayasan Eco World Sabah Tan Sri Lee Lam Thye berkata pihaknya telah membuat keputusan untuk bekerjasam­a dengan Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerja Negara (Niosh) untuk membantu sekolah-sekolah yang amat memerlukan bantuan.

“Pada mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Eco World baru-baru ini, satu keputusan telah dibuat yang mana Yayasan Eco World akan bekerjasam­a dengan Niosh untuk membantu sekolahsek­olah yang mengalami masalah kemudahan.

“Yayasan meminta pihak Niosh untuk menentukan sekolah-sekolah yang dalam keadaan daif atau memerlukan bantuan seperti masalah bumbung yang perlu penambahba­ikan, mempunyai kerusi meja yang rosak serta membaik pulih padang permainan.

“Ini kerana, sekolah bukan sahaja tempat belajar, tetapi ia adalah sebuah institusi pekerjaan yang melibatkan warga pendidik, guru besar, pengetua mahupun pekerja am lain yang perlu dititikber­atkan keselamata­n mereka semasa bekerja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksira­n Tingkatan Tiga (PT3) Zon Sabah, di sini pada Ahad.

Katanya melalui kerjasama berkenaan, Niosh akan menentukan sekolah yang layak untuk menerima bantuan daripada pihak Yayasan Eco World.

“Hal ini kerana, Niosh sememangny­a mengadakan program Kesedaran Keselamata­n dan Kesihatan di Sekolah (OSHS) dan sesuai untuk memilih sekolah yang layak untuk menerima bantuan berkenaan.

“Yayasan Eco World pula bersedia untuk membuat atau memberi tajaan kepada Niosh bagi membawa perubahan atau kebaikan kepada sekolahsek­olah terlibat.

“Peruntukan yang akan diberikan juga bergantung kepada keperluan sekolah berkenaan,” jelasnya. Pada majlis itu, seramai 17 pelajar Bantuan Eco World Zon Sabah menerima anugerah PalingCeme­rlang,Cemerlang dan Prestasi Paling Meningkat dalam UPSR dan PT3 yang lalu.

 ??  ?? LEE (depan, lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah.
LEE (depan, lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia