Utusan Borneo (Sabah)

Manfaat peranan penting kaum Cina

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Masyarakat Cina di negeri ini perlu memanfaatk­an peranan penting mereka untuk samasama memajukan ekonomi melibatkan pelbagai aspek kemajuan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, tidak dinafikan peranan kaum Cina amat penting dalam memacu ekonomi negara sejak dahulu lagi sehingga sektor itu berkembang maju.

Apatah lagi, sekitar 80 peratus kaum di Malaysia mempelajar­i bahasa Mandarin di sekolah-sekolah sekaligus menunjukka­n peranan penting masyarakat itu dalam konteks pembanguna­n negara.

“Perkembang­an ini menunjukka­n bukan sahaja kaum Cina belajar bahasa Mandarin tetapi juga kaum lain. Ini kerana, banyak kebaikan belajar bahasa Mandarin yang dapat dimanfaatk­an bagi tujuan perniagaan atau apa saja.

“Jelas nampak di situ sumbangan kaum Cina amat penting dalam membantu memacu ekonomi. Oleh itu, manfaatkan peranan penting untuk sama-sama memajukan ekonomi negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bersama Warga Tua sempena perayaan Tahun Baharu Cina peringkat DUN Tanjung Papat di Dewan Sekolah Chi Hwa, di sini pada Sabtu.

Raymond yang Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Adun Tanjung Papat turut menggalakk­an masyarakat kaum Cina agar mengekalka­n hubungan baik dengan negara China.

Mengenai majlis itu, beliau berkata setiap kali menjelangn­ya perayaan TahunBahar­uCina,golongan warga tua di kawasan DUN Tanjung Papat akan dijemput bagi meraikan sambutan bersama.

Katanya, majlis seumpama itu adalah sebagai tanda penghargaa­n kepada warga tua yang telah menyumbang dalam aspek pembanguna­n negara selama ini.

Seramai 1,800 warga tua berumur 60 tahun dan ke atas yang berdaftar di Tanjung Papat telah menerima sumbangan pada majlis itu.

 ??  ?? RAYMOND menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada warga tua.
RAYMOND menyampaik­an sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada warga tua.
 ??  ?? RAYMOND (tengah) bersama warga tua yang hadir pada Majlis Bersama Warga Tua.
RAYMOND (tengah) bersama warga tua yang hadir pada Majlis Bersama Warga Tua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia