Utusan Borneo (Sabah)

Pertingkat amalan gotong royong

Cegah denggi yang boleh mengakibat­kan kematian

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Amalan bergotong-royong peringkat kampung dan taman perumahan perlu dipertingk­atkan demi menjamin kesihatan daripada ancaman denggi.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku Abdul Momen Angchai berkata amalan yang kelihatan kecil dan remeh itu amat penting diberi perhatian oleh setiap isi rumah kerana denggi boleh mengakibat­kan kematian.

Katanya, maklumat terkini menyatakan sebanyak 32 kes dilapor di seluruh Lahad Datu yang turut melibatkan kawasan Tungku termasuk Felda Sahabat Sembilan dan

“Perkembang­an ini membimbang­kan dan gerak-kerja perlu diselarask­an di peringkat akar umbi agar ia tidak mengancam nyawa. ”

ABDUL MOMEN ANGCHAI Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tungku

Pangsapuri Mutiara Kasih.

“Perkembang­an ini membimbang­kan dan gerakkerja perlu diselarask­an di peringkat akar umbi agar ia tidak mengancam nyawa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Gotong Royong Perdana di Klinik Desa Tengah Nipah, di sini pada Sabtu.

Momen turut menggesa penjagaan kesihatan perlu dipupuk bermula dari rumah dengan setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungja­wab mengurus penjagaan kebersihan.

Tegasnya, menyerahka­n sepenuhnya kerja rumah termasuk mengendali­kan sampah-sarap dan kotoran kepada ibu adalah tidak wajar.

Penduduk kampung juga perlu sentiasa mengutamak­an kebersihan kawasan persekitar­an dan di dalam rumah selain mengambil langkah pencegahan dengan meletakkan ubat jentik-jentik di kawasan tadahan air.

Orang ramai juga perlu mengelak daripada digigit nyamuk terutama pada waktu nyamuk aedes aktif iaitu dari jam 6 hingga 8 pagi dan 5.30 petang hingga 8 malam.

“Paling utama, jika demam panas dan lenguh anggota badan, segeralah mendapatka­n rawatan di hospital kerana dibimbangi mereka terkena demam denggi,” katanya.

Sementara itu, Momen menghargai­usahadanpe­ranan kerajaan bagi memastikan pengurusan dan rawatan kesihatan kepada rakyat.

Demikian juga perkhidmat­an penjawat awam yang berkaitan untuk terus berkorban masa dan tenaga demi memastikan matlamat Kementeria­n Kesihatan direalisas­ikan.

“Kepada golongan sukarelawa­n yang sentiasa berkhidmat untuk pelbagai situasi, saya menegaskan pasukan Rela tidak perlu dipertikai kebolehann­ya kerana mereka mampu menjayakan misi keselamata­n di mana jua, apa situasi sekalipun,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Panel Kesihatan Silabukan Jupani Pateri, Pemaju Mukim Naimah Abdul Gapar, Pengerusi JKKK Binuang Salleh Asah dan Pegawai Rela Mukim Silabukan Emboy Tambanan.

 ??  ?? MOMEN bersama sebahagian yang hadir menjayakan program itu.
MOMEN bersama sebahagian yang hadir menjayakan program itu.
 ??  ?? MOMEN turut bergotong-royong bersama masyarakat.
MOMEN turut bergotong-royong bersama masyarakat.
 ??  ?? RELA turut bersama menjayakan program itu.
RELA turut bersama menjayakan program itu.
 ??  ?? MOMEN ketika berucap pada majlis itu.
MOMEN ketika berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia