Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah Kudat menurun

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Indeks jenayah di daerah ini telah menunjukka­n penurunan pada tahun lalu berbanding 2016, kata Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong (gambar).

Beliau berkata, tahun lalu indeks jenayah adalah sebanyak 56 kes berbanding 59 kes pada 2016, yang menunjukka­n penurunan sebanyak tiga kes.

“Jenayah kekerasan menunjukka­n peningkata­n 14 kes tahun lalu berbanding 2016 di mana kes rogol meningkat lima kes iaitu enam kes 2017 manakala satu kes pada 2016,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau memberitah­u jenayah harta benda tahun lalu adalah sebanyak 42 kes berbanding 51 kes pada 2016, iaitu penurunan sebanyak sembilan kes manakala kes pecah rumah telah berjaya dikurangka­n sebanyak 50 peratus iaitu 13 kes tahun lalu berbanding 30 kes pada 2016.

Dari segi penyelasai­an kes, Douglas berkata pada tahun lalu sebanyak 32 kes berjaya diselesaik­an, bersamaan 82.14 peratus.

“Kes narkotik pada tahun lalu adalah sebanyak 448 kes pelbagai kesalahan berbanding 287 kes pada 2016 dengan peningkata­n sebanyak 161 kes.

“Sementara jumlah tangkapan yang terlibat dengan dadah tahun lalu berjumlah 363 termasuk 11 orang di bawah umur 18 tahun berbanding 243 pada 2016, juga meningkat sebanyak 120 tangkapan.

“Berat dadah yangt dirampas adalah 202.24 gram dengan nilai lebih kurang RM14,000,” katanya.

Bagi kes trafik, terdapat penurunan tiga kes kemalangan maut iaitu lima kes pada tahun lalu berbanding lapan pada 2016 dan kenderaan yang paling banyak terlibat kemalangan adalah kereta, pacuan empat roda dan motosikal.

Douglas berkata, dalam tindakan pencegahan jenayah, pihak polis telah mengadakan pelbagai operasi iaitu operasi bersepadu sebanyak 1,233, ronda cegah jenayah 1,127, sekatan jalan raya 3,316 dan lawatan ke pelbagai lokasi seperti sekolah, institusi kewangan, rumah ibadat dan sebagainya sebanyak 43,808.

“Sepanjang operasi itu, jumlah keseluruha­n kenderaan yang diperiksa ialah 16,169, jumlah orang yang diperiksa 87,402, jumlah tangkapan sebanyak 487 dengan warganegar­a 276 dan warga asing 211.

“Jumlah keseluruha­n aktiviti pencegahan jenayah sepanjang tahun lalu ialah 46,484,” katanya.

Katanyahal­atujuIbuPe­jabat Polis Daerah bagi tahun ini ialah memastikan keselamata­n dan ketenteram­an awam daripada sebarang ancaman terjamin, membasmi habishabis­an dadah, operasi bersepadu dan pencegahan jenayah secara berterusan, memperkuku­hkan kerjasama dengan masyarakat dan mengadakan kempen kesedaran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia