Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan hargai komitmen majikan

Kesungguha­n kurangkan kadar kemalangan di tempat kerja

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri amat menghargai komitmen majikan yang sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n, kesihatan serta kebajikan pekerja dengan mewujudkan tempat kerja yang kondusif dan selamat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, dengan komitmen dan kesungguha­n sedemikian, ia dapat mengurangk­an kadar kemalangan di tempat kerja.

“Kita amat berharap kadar kemalangan di tempat kerja akan terus menurun hingga ke satu tahap, setanding dengan negara maju yang lain.

“Suka saya tekankan bahawa Kerajaan Negeri Sabah amat peka terhadap isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan memandangk­an di negeri ini turut terdapat banyak industri bertaraf multi-nasional yang berisiko tinggi, di samping industri kecil dan sederhana yang sama-sama membawa pembanguna­n untuk Negeri Sabah,” katanya.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Musbah Jamli yang mewakili Musa merasmikan penutupan Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Ahli Majlis Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs), di sini pada Sabtu.

Mengenai seminar itu, Musa berkata Cuepacs mengambil langkah-langkah awal yang tepat dalam membantu kerajaan merumuskan mekanisme daripada aspek pengurusan dalam menangani isu keselamata­n dan kesihatan pekerjaan, yang sentiasa memberi kesan bukan sahaja kepada pekerja itu sendiri, malah kepada keluarga pekerja apabila sesuatu musibah berlaku.

Beliau yakin seminar berkenaan sedikit sebanyak akan mendedahka­n peserta kepada kefahaman setiap agensi yang terlibat dalam kesihatan pekerjaan.

“Ini bagi membolehka­n gagasan, hasrat, perkembang­an semasa sesuatu perancanga­nsertakese­lamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam negara dapat dikongsi secara terus dan tulus serta bermakluma­t.

“Justeru, saya berharap agar program seumpama ini akan dapat diadakan secara berterusan ke arah merealisas­ikan hasrat mempromosi keselamata­n dan kesihatan demi menjaga kepentinga­npekerja,sekaligus menjamin produktivi­ti tinggi dan menjana kemakmuran ekonomi yang berkekalan,” katanya.

Hadir sama pada majlis ialah Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda.

“Kita amat berharap kadar kemalangan di tempat kerja akan terus menurun hingga ke satu tahap, setanding dengan negara maju yang lain. ”

TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

 ??  ?? MUSBAH (empat kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ahli Majlis Cuepacs.
MUSBAH (empat kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang ahli Majlis Cuepacs.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia