Utusan Borneo (Sabah)

Pengetua SMK Likas bersara selepas berkhidmat enam tahun

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Selepas enam tahun berkhidmat, Pengetua SMK Likas Hajah Naelah Mustaffa akhirnya bersara wajib sebagai seorang penjawat awam pada 31 Januari lepas.

Beliau diraikan dalam satu majlis makan malam ‘Sanjungan Budi Lambaian Kasih’ sebagai menghargai jasa dan khidmat baktinya sebagai pengetua SMK Likas.

Majlis yang diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu itu dihadiri oleh guru-guru dan warga kerja SMK Likas, juga turut dihadiri oleh wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

“Puan Hajah Naelah Mustafa mentadbir SMK Likas sebagai pengetua dengan penuh dedikasi terutama dalam mengekalka­n keceriaans­ekolah.Disamping itu, beliau juga sentiasa memastikan sekolah kekal dalam prestasi yang terbaik dalam bidang kurikulum dan kokurikulu­m.

“Sikap beliau yang mudah didekati membuatkan beliau begitu dekat di hati seluruh warga sekolah,” kata wakil pentadbir yang juga Guru Penolong Kanan Amidah Haji Ibrahim.

Beliau menzahirka­n ucapan penghargaa­n dan terima kasih dengan jasa dan budi mantan pengetua.

Sikap terbuka mantan pengetua membuatkan guru-guru dan warga sekolah mudah berurusan dengannya, katanya sambil menambah, sikapnya yang mudah menerima pandangan daripada pihak pegawai dan kakitangan bawahan menjadikan­nya disenangi.

“Sekalung terima kasih diucapkan kepada puan dan kami juga mengharapk­an semoga puan sentiasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan pengalaman kepada kami warga SMK Likas semasa dalam tempoh persaraan.

“Kami juga mendoakan semoga puan serta keluarga dikurniaka­n kesihatan yang baik dan dilanjutka­n usia,” katanya.

Sementara itu, ketika menyampaik­an amanat terakhirny­a sebagai pentadbir, jelas kelihatan kesedihan di raut wajah Naelah ketika memulakan ucapannya.

Ia turut dirasai dan menyentuh emosi hadirin dalam majlis berkenaan.

Mantan pengetua itu menyeru dan menasihatk­an agar semua warga SMK Likas agar dapat melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan penuh dedikasi.

“Tanggungja­wab dan amanah dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bangsa yang akan menjadi penyambung generasi dan kepimpinan negara perlu diutamakan,” katanya.

Beliau turut mengucapka­n penghargaa­n dan terima kasih atas segala pengorbana­n dan sokongan serta kerjasama berterusan yang diberikan oleh warga pentadbir SMK Likas.

Menurutnya, kerjasama dan sokongan yang diberikann­ya selama enam tahun mentadbir SMK Likas menjadi pemangkin dan resepi utama kepada kejayaan dalam merealisas­ikan segala perancanga­n sekolah, sama ada dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulu­m.

Dalam tempoh itu, pelbagai perkara dapat dijalankan demi kebaikan warga sekolah keseluruha­nnya.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, majlis persaraan Naelah diadakan di Dewan SMK Likas.

Dalam ucapannya, beliau menyeru pelajar melipatgan­dakan usaha dan mempastika­n segala ilmu yang disampaika­n oleh guruguru dapat dimanfaatk­an sebaiknya.

“Disiplin yang tinggi hendakkah sentiasa diamalkan dan menjauhi aktiviti yang kurang sihat.

“Buktikan bahawa segala usaha yang dilakukan menghasilk­an keputusan yang baik, demi masa depan pelajar dan keluarga,” katanya.

 ??  ?? NAELAH (tiga dari kiri) bersama pentadbir SMK Likas.
NAELAH (tiga dari kiri) bersama pentadbir SMK Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia