Utusan Borneo (Sabah)

Kekurangan kemudahan asas Kg Abuan diambil perhatian

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Kekurangan kemudahan asas yang dihadapi oleh penduduk Kampung Abuan di sini akan terus disuarakan kepada kerajaan untuk diambil perhatian.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kampung itu masih memerlukan kemudahan jalan raya, bekalan elektrik dan air.

Justeru, beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan terus menyuaraka­n keperluan pembanguna­n penduduk Kampung Abuan kepada kerajaan Persekutua­n.

“Sudah tentu kerajaan diharap mengambil langkah bagi mewujudkan kemudahan yangdiperl­ukanolehpe­nduduk Kg Abuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Abuan, Paitan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata penduduk Kampung Abuan tetap menyokong kerajaan disebabkan mereka tahu menerusi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) akan membolehka­n kerajaan kuat untuk menyambung kehendak pembanguna­n diperlukan mereka.

Katanya rakyat Sabah khususnya di luar bandar tahu siapa yang mereka sokong dan tahu apa yang dibuat kerajaan BN diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kerajaan telah melaksanak­an dalam memenuhi keperluan kemudahan asas dan bantuan bagi meringanka­n beban rakyat yang turut dinikmati di kawasan luar bandar.

“Keprihatin­an kerajaan itu merupakan komitmen berterusan kerajaan yang menyedari masih banyak perlu dilakukan untuk kawasan luar bandar khususnya di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata berbanding pakatan pembangkan­g, Pakatan Harapan telah menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri jika mereka menerajui kerajaan.

Katanya rakyat Sabah tahu apa yang dibuat oleh Tun Mahathir ketika 22 tahun menjadi Perdana Menteri yang tidak banyak melakukan banyak pembanguna­n kepada negeri ini.

Sebab itu katanya, rakyat Sabah bijak menilai pemimpin yang ada rekod baik melaksanak­an pembanguna­n di negeri ini iaitu kerajaan diterajui BN.

 ??  ?? RONALD melawat jalan Kg Abuan yang memerlukan naik taraf.
RONALD melawat jalan Kg Abuan yang memerlukan naik taraf.
 ??  ?? RONALD menerima cenderahat­i.
RONALD menerima cenderahat­i.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia