Utusan Borneo (Sabah)

Pemadam Papar komited anjur ceramah anti dadah

-

PAPAR: Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Daerah Papar terus komited dalam menjalanka­n program untuk menyampaik­an ceramah anti dadah kepada seluruh pelajar di daerah ini.

Pegawai Pemadam Haji Abd Rahman Parhang berkata tahun ini Pemadam Cawangan Papar mengadakan kolaborasi dengan Pejabat Parlimen Papar dan Pejabat Pendidikan Daerah Papar untuk mengadakan Jelajah Sesi Ceramah Cegah Jenayah Dadah 2018.

Program jelajah itu dimulakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang Papar dan diadakan di dewan terbuka sekolah berkenaan.

Sebanyak 11 sekolah di daerah ini akan terlibat dalam Program Sesi Ceramah Cegah Jenayah pada tahun ini.

Majlis pelancaran­nya disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Papar Datuk Hajah Rosnah Rashid Shirlin.

Abd Rahman berkata, tahun lalu, seramai 4,000 pelajar melibatkan 14 sekolah menghadiri program ceramah itu.

Katanya, Pemadam mengajak ke arah kebaikan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia menghargai kehidupan mereka dengan mengelakka­n diri terjerumus dengan aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada diri, keluarga, bangsa dan agama.

Beliau yakin anggota masyarakat dan pemimpin di semua peringkat berada dalam satu landasan dan tujuan untuk membebaska­n Malaysia daripada masalah dadah.

“Kita berharap melalui program yang dijalankan akan menimbulka­n kesedaran ibu bapa dan pelajar mengenai bahaya ancaman najis dadah,” katanya yang juga wakil kepada Rosnah.

Jelasnya, kini semakin banyak taktik dan dakyah yang dijalankan oleh musuh negara untuk menjerumus­kan pelajar dalam gejala dadah.

Oleh itu, pelbagai program perlu dipergiatk­an oleh semua pihak bagi memerangi ancamannaj­isdadahyan­gboleh merosakkan keharmonia­n dan keamanan negara.

 ??  ?? ABD Rahman bersama warga SK Kawang diwakili PK Ahmad Roshni Haji Khalid.
ABD Rahman bersama warga SK Kawang diwakili PK Ahmad Roshni Haji Khalid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia