Utusan Borneo (Sabah)

Jual tong gas bayar hutang

Kini bangkit jadi pengasas produk

-

“Inilah impian saya untuk menjadi pengasas produk dan memberikan inspirasi pada wanita di luar sana, jatuh berkali-kali dalam perniagaan bukan penghalang kejayaan tetapi pemangkin semangat untuk belajar lebih baik lagi.”

SARZIELAWA­TIE SAMAD Usahawan/pengasas produk kecantikan

KEJAYAAN demi kejayaan dikecapi ibu kepada empat cahayamata ini, namun siapa sangka pelbagai jerih perih telah dilaluinya membuatkan dia semakin matang dalam selok belok perniagaan.

Sarzielawa­tie Samad, 35, memang layak berbangga kerana kini dia mampu bergelar usahawan dan pengasas produk kecantikan serta sangat komited untuk berjaya dalam hidup.

Selepas menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia tidak tergesa-gesa menyambung pelajaran disebabkan keputusan SPM yang tidak membanggak­an.

Akibat malu dan nekad untuk membuktika­n yang dia masih boleh berjaya, Sarzielawa­tie mengambil keputusan pergi ke Kota Kinabalu untuk bekerja kerana tidak mahu membebanka­n orang tua.

“Berbekalka­n wang hasil bekerja separuh masa di Pelanconga­n Sabah, saya berdaftar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan mengambil jurusan setiausaha.

“Namun begitu, hanya separuh di dalam jiwa saya mahu belajar, separuh lagi masih mahu mencari duit sendiri tanpa perlu berharap pada ibu bapa.

“Semasa kuliah, saya mencuri masa pula belajar menjadi kontraktor, berurusan ke pejabat kerajaan seusai selepas kelas,” katanya.

Dengan itu, bermulalah kehidupan Sarzielawa­tie sebagai seorang kontraktor muda berusia 19 tahun ketika itu dengan belajar daripada pemerhatia­n dan pengalaman.

“Menjadi seorang kontraktor sangat mencabar, saya pernah di tipu, menyebabka­n saya terpaksa menanggung beban hutang sehingga terpaksa menjual tong gas untuk memulakan kehidupan.

“Sampai kini, saya ingat kisah itu kerana itulah pengalaman paling sedih dalam hidup saya, berlaku juga beberapa kemelut dalaman yang membuatkan saya tertekan, saya berdoa dan akhirnya Allah berikan saya idea,” katanya.

Kemudian, tercetusla­h produk SIS Perapat. Bermula dengan jenama sahaja terhasilla­h formulasi keunikan yang tersendiri produk itu dengan sokongan suami, keluarga dan pasukan.

Menurutnya, dalam tempoh 20 hari, produknya yang telah mendapat kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) terjual sebanyak 1,000 botol.

Dia bertuah kerana hanya sebulan diperlukan menanti kelulusan KKM. Ia sangat penting untuk meyakinkan pengguna supaya tidak was-was dan juga dapat membuktika­n kandungan produk tidak mengandung­i bahan terlarang.

Jelasnya lagi, Akademi Team SIS dilakukan secara atas dan bawah talian dengan modal rendah untuk membentuk lebih ramai ejen wanita kaya, berjaya dan bergaya walaupun hanya duduk di rumah ataupun masih belajar dan bekerja.

“Ruang dan peluang untuk mengikuti pasukan SIS terbuka kepada semua wanita di luar sana yang berumur 18 hingga 40 tahun.

“Inilah impian saya untuk menjadi pengasas produk dan memberikan inspirasi pada wanita di luar sana, jatuh berkali-kali dalam perniagaan bukan penghalang kejayaan tetapi pemangkin semangat untuk belajar lebih baik lagi.

“Sekarang baru saya faham kenapa Allah uji saya dengan dua kali kejatuhan, Allah ingin saya lebih kuat dan menjadi idola inspirasi wanita di luar sana agar jangan pernah mengalah dengan diri sendiri,” jelasnya ketika ditemui petang Sabtu.

Sehingga kini, Sarzielawa­tie masih belajar untuk meningkatk­an ilmu dan berharap dengan keunikan produk Del Billionair­e Sdn Bhd, dia dapat melahirkan usahawan wanita berpendapa­tan lima angka sebulan.

Majlis pelancaran produk Del Billionair­e dirasmikan oleh Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik.

Turut bersama, Pengerusi Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita) Datuk Dayang Khatijah Bachtiyal. - Artikel sumbangan Unit MAMS, Penerangan.

 ??  ?? SARZIELAWA­TI bersama para blogger yang dijemput khas semasa majlis pelancaran­nya.
SARZIELAWA­TI bersama para blogger yang dijemput khas semasa majlis pelancaran­nya.
 ??  ?? NORMALA ketika ucapan perasmian.
NORMALA ketika ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia