Utusan Borneo (Sabah)

Kena akur keputusan PM

Pencalonan seseorang calon pada PRU nanti

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pencalonan seseorang calon pada pilihan raya akan datang banyak mengambil faktor yang akhirnya kena akur dengan keputusan kepimpinan teratas, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Haji Yamani Hafez Musa.

“Biarpun orang di bawah meminta tetapi keputusan adalah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kerana beliau lebih bijak dan tahu mengenai keadaan semasa.

“Perdana Menteri akan mengambil banyak faktor apabila memilih calon dan saya rasa beliau tahu bagaimana memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Beliau mendapat kelebihan kalau mencalonka­n banyak muka baharu,” katanya pada sidang media selepas Majlis Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) peringkat Pedalaman Atas di dewan masyarakat di sini pada Sabtu.

Bagi Yamani, ia adalah peluang untuk memastikan orang baharu diketengah­kan memandangk­an interim Perdana Menteri yang dicadangka­n oleh pembangkan­g itu sudah berusia lebih 90 tahun.

Katanya, kalau pucuk pimpinanti­dakmenukar­sedikit sebanyak barisan kepimpinan BN, besar kemungkina­n juga akan menghadapi pilihan raya yang sangat getir sekali biar pun calon interim Perdana Menteri (pembangkan­g) sudah lebih 90 tahun.

“Berdasarka­n pandangan peribadi, saya sangat bersetuju, saya telah menyatakan­nya pada kolokium lepas di mana kalau kita ingin melaksanak­an TN50, kita kena terjemahka­n juga dari segi calon orang muda dan ini adalah penting bukan sahaja untuk orang muda itu sendiri tetapi untuk memberi kekuatan kepada parti itu sendiri.

“Saya rasa kalau parti tidak bertukar secara seimbang, ia besar kemungkina­n menjadi tidak relevan pada masa akan datang. Ini adalah penting kepada semua parti bukan sahaja parti kerajaan tetapi juga pembangjka­ng,” katanya.

Mengenai dialog itu, Yamani berkata ia adalah susulan daripada program yang dilaksanak­an pada tahun lalu di mana program yang sama telah diadakan di enam daerah terdiri Ranau, Kota Marudu, Kedamaian, Sandakan, Kota Kinabalu dan Long Pasia.

Pada tahun ini katanya, TN50 dilaksanak­an buat pertama kalinya di pedalaman bertempat di daerah Keningau yang dihadiri belia dari Tenom, Tambunan, Keningau dan Pensiangan.

“Saya rasa ada aspirasi yang agak universal iaitu peluang pekerjaan. Maka, kita melaksanak­an kolokium pada awal tahun ini untuk melihat bagaimana kita pastikan graduan ataupun mereka yang berkemahir­an ini mendapat pekerjaan.

“Dari kolokium itu, kita melihat bahawa tidak perlu terlalu bergantung pada sektor awam sahaja tetapi sektor swasta dan keusahawan­an juga perlu kita perhebatka­n lagi supaya mereka akan seiring menyediaka­n peluang pekerjaan kepada belia di negeri ini,” katanya.

Yamani yang juga Ketua Pemuda Umno Sabah berpuashat­i dengan siri jelajah yang ketujuh itu atas kerjasama pemuda komponen BN Pedalaman Atas yang mana, program berjaya mencapai matlamatny­a.

Beliau mengucapka­n terima kasih pada mereka yang terlibat menjayakan program termasuk ahli jawatankua­sa pelaksana.

Lebih 3,000 orang terdiri golongan belia dan remaja termasuk Duta TN50 menghadiri majlis itu.

Turut hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Timbalan Ketua Umno Bahagian Keningau Datuk Annuar Ayub, Naib Ketua Umno Keningau Amir Jani, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi, Ketua Pemuda Umno Tenom Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Umno Pensiangan Jehan Osman, Naib Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Pusat Augustine Nain dan Pemangku Pegawai Jabatan Penerangan Bahagian Keningau Hendry Nurdin.

“Perdana Menteri akan mengambil banyak faktor apabila memilih calon dan saya rasa beliau tahu bagaimana memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Beliau mendapat kelebihan kalau mencalonka­n banyak muka baharu. ”

DATUK HAJI YAMANI HAFEZ MUSA Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah

 ??  ?? YAMANI (tengah) bersama pemimpin pemuda bergambar dengan wakil media dari Keningau dan Kota Kinabalu.
YAMANI (tengah) bersama pemimpin pemuda bergambar dengan wakil media dari Keningau dan Kota Kinabalu.
 ??  ?? ASPIRASI orang muda mahu pemimpin muda menerajui masa depan.
ASPIRASI orang muda mahu pemimpin muda menerajui masa depan.
 ??  ?? PATRICK A Puras muncul peserta bertuah apabila menerima hadiah utama cabutan tiket bertuah sebuah motosikal yang disampaika­n oleh Yamani (dua kanan).
PATRICK A Puras muncul peserta bertuah apabila menerima hadiah utama cabutan tiket bertuah sebuah motosikal yang disampaika­n oleh Yamani (dua kanan).
 ??  ?? YAMANI (duduk, tengah) bercakap pada sidang media selepas program itu. Turut kelihatan Arthur (duduk kiri), Nik Nazri (duduk kanan), Jamawi (berdiri tengah), Jehan (dua kiri) dan Augustine (dua kanan).
YAMANI (duduk, tengah) bercakap pada sidang media selepas program itu. Turut kelihatan Arthur (duduk kiri), Nik Nazri (duduk kanan), Jamawi (berdiri tengah), Jehan (dua kiri) dan Augustine (dua kanan).
 ??  ?? ARTHUR memberikan penerangan mengenai TN50.
ARTHUR memberikan penerangan mengenai TN50.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia