Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 hadiri Sesi Dialog TN50 dan Forum Memperkasa Wanita

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Lebih seribu orang termasuk pelajar sekolah pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Forum Memperkasa Wanita dalam Sains dan Teknologi di Dewan Masyarakat Ranau.

Sesi dialog menampilka­n Timbalan Ketua Setiausaha Sains-Teknologi (ST) Mosti Prof Madya Ramzah Dambul sebagai moderator, manakala barisan panel terdiri daripada Naib Ketua Exco Wanita Upko merangkap Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Paginatan Georgina George, CEO Akademi Sains Malaysia Hazami Haji Habib dan Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) Datin Dr Lungkiam Dambul.

Tetamu kehormat program itu ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau yang turut mengambil peranan aktif menjawab dan menjelaska­n pelbagai kemusykila­n serta cadangan daripada para hadirin berhubung aspirasi wanita menjelang 2050.

Ramai yang hadir menyifatka­n program yang julung kali diadakan itu telah membuka minda golongan wanita untuk meletakkan aspirasi mereka jauh ke hadapan sebagai menyediaka­n dunia global yang mencabar dalam pelbagai bidang aspek kehidupan termasuk pendidikan, ekonomi dan kemahiran merekacipt­a produk berkualiti tinggi yang boleh menembusi pasaran antarabang­sa.

“Program seperti ini menjadi ruang dan peluang kepada golongan wanita untuk lebih bersedia menghadapi kehidupan dunia global,” kata Nor Jannah Harun, 31, dari Kg Libang Ranau.

Pengusaha kraftangan tempatan berasaskan bambu dan rotan, Kilin Suntot, 51, dari Kg Lutut Ranau mencadangk­an agar kerajaan menerusi Mosti membantu para pengusaha produk berasaskan bahan mentah itu untuk menghapusk­an anai-anai pada kraftangan yang mereka hasilkan supaya produk mereka boleh menembusi pasaran luar negara.

“Sekarang ini, produk kami tidak dapat dipasarkan ke luar negara kerana alasan bahan seperti bambu dan rotan tidak bertahan lama yang akan dimakan anai-anai.

“Maka, antara kekangan kami sebagai pengusaha barangan kraftangan tempatan adalah untuk memasarkan produk ke luar negara,” katanya.

Sementarai­tu,Madiusdala­m ucapannya menasihatk­an kepada semua pelajar sekolah supaya mengikuti mata pelajaran Sains-Matematik sebagai satu landasan persediaan menghadapi kehidupan dunia sains pada masa akan datang.

“Pada masa akan datang, mereka yang buta sains bakal menjadi sampah masyarakat kerana gagal menguasai ilmu pengetahua­n berasaskan sains.

“Subjeksain­sdanmatema­tik sangat penting dalam berbagai aspek kehidupan termasuk bidang pertanian, perusahaan, perindustr­ian, pembuatan dan sebagainya yang menggunaka­n peralatan berteknolo­gi tinggi,” jelasnya.

 ??  ?? KILIN mengemukak­an pertanyaan dan cadangan kepada ahli panel.
KILIN mengemukak­an pertanyaan dan cadangan kepada ahli panel.
 ??  ?? MADIUS merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan lain.
MADIUS merakam gambar kenangan bersama tetamu jemputan lain.
 ??  ?? AHLI Perkep dari IPD Ranau turut memanfaatk­an program berkenaan.
AHLI Perkep dari IPD Ranau turut memanfaatk­an program berkenaan.
 ??  ?? NUR Jannah (kanan) bersama rakannya memuji Mosti kerana menganjurk­an program itu.
NUR Jannah (kanan) bersama rakannya memuji Mosti kerana menganjurk­an program itu.
 ??  ?? JOVIANALIN Juanis, 19, pelajar dari SMK Mat Salleh mengemukak­an pertanyaan kepada Madius.
JOVIANALIN Juanis, 19, pelajar dari SMK Mat Salleh mengemukak­an pertanyaan kepada Madius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia