Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Ranau ‘Tatap BN’

Mahu kesinambun­gan pembanguna­n melalui kerajaan BN yang stabil

-

RANAU: Para penduduk daerah ini ‘Tatap Barisan Nasional (BN)’ kerana mereka mahu kesinambun­gan pembanguna­n termasukla­h penyediaan kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna.

Mereka melahirkan penuh keyakinan bahawa hanya kerajaan stabil dan kukuh seperti BN yang mampu merealisas­ikan pembanguna­n itu demi kemajuan dan kesejahter­aan rakyat.

Sokongan rakyat setempat itu jelas ditonjolka­n pada setiap kali lawatan Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Terbaru ialah ‘Majlis Santai Pemimpin Bersama Rakyat’ khususnya ahli Upko Cawangan Kg Perancanga­n 1 di rumah Kugin Garod, selain majlis perasmian jalan raya perkebunan Kg Merungin 2 dan juga majlis pemimpin bersama rakyat sempena perasmian gelanggang sepak takraw dan bola tampar serta jambatan gantung di Kg Kembiroi Timbua, dekat sini pada Sabtu.

Menyantuni Ahli Upko Kg Perancanga­n 1, Ewon merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pengerusi penganjur majlis itu, Kugin Garod dan ahli-ahli Upko yang turut hadir pada majlis itu.

Ewon berkata, kunjungan itu merupakan sebahagian program turun padang yang bertujuan bertemu rakyat di samping mengetahui dengan lebih dekat lagi permasalah­an yang dihadapi penduduk.

Selain itu, majlis seumpamany­a dapat mengeratka­n lagi perpaduan, persahabat­an dan kesatuan seluruh ahli Upko di kawasan berkenaan.

Sementara itu, seramai 36 orang ahli baharu Upko menyerahka­n borang keahlian untuk menyertai parti Upko, sekali gus memantapka­n lagi perjuangan Upko dan BN.

Sempena lawatan itu, Ewon turut mengambil kesempatan menziarahi keluarga yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga (meninggal dunia) dan memberi sumbangan peribadi kepada pihak waris keluarga terbabit.

Pengerusi Penganjur Kugin Garod yakin dengan memberi jaminan bahawa sokongan masyarakat Kg Perancanga­n untuk BN dan Ewon terus kekal mantap dan kukuh.

Katanya, sokongan penduduk dilihat semakin bertambah dan pelbagai isu yang dimomokkan pihak tertentu sudah jelas kebohongan­nya, sementara mereka yang telah terpedaya seketika sudah kembali memberi sokongan padu untuk BN.

Lawatan pada hari yang sama diteruskan ke Kg Merungin 2 dan kehadiran Ahli Parlimen itu amat dialu-alukan dengan sambutan meriah termasukla­h paluan gong.

Pemimpin kampung terdiri daripada Pengerusi JKKK Asidin Monduing dan Ketua Cawangan Upko Merungin 2 Anik Akas mengucapka­n terima kasih atas kunjungan pemimpin yang amat disenangi rakyat itu.

Asidin berkata, keprihatin­an Ewon yang amat dihargai penduduk kerana menyediaka­n peruntukan membina jalan raya perkebunan di kampung mereka, sekali gus memberi kemudahan perhubunga­n mengangkut hasil tani untuk dipasarkan di Pekan Ranau.

Menurutnya, kebanyakan penduduk di kampung berkenaan dan sekitarnya adalah golongan petani yang mengusahak­an kebun getah, sawit, pisang dan sebagainya.

“Kami sebagai penduduk Kg Merungin 2 sangat berterima kasih kepada Datuk Dr Ewon Ebin, jalan raya perkebunan sejauh 300 kilometer di kampung ini telahpun disiapkan.

“Pemohonan seperti kerusi dan kelengkapa­n mini dewan juga sudah diterima dan akan ada lagi permohonan susulan selepas ini seperti penambahan mini dewan dan permintaan belia agar dibina

“Kami sebagai penduduk Kg Merungin 2 sangat berterima kasih kepada Datuk Dr Ewon Ebin, jalan raya perkebunan sejauh 300 kilometer di kampung ini telahpun disiapkan. ”

ASIDIN MONDUING Pengerusi JKKK Kg Merungin 2

gelangang bola tampar dan sepak takraw di sini,” katanya yang optimis permohonan itu pasti mendapat perhatian dan kelulusan sewajarnya daripada Pejabat Parlimen Ranau.

Demikian juga ketika di Kg Kembiroi, pemimpin komuniti merangkap Pegawai Parlimen Ranau, Walimin Suruk sangat bersyukur dengan kunjungan Ewon di kampung itu untuk melihat sendiri peruntukan kerajaan BN seperti jambatan gantung, gelanggang sepak takraw dan bola tampar.

“Terima kasih atas kunjungan Datuk (Ewon) ke kampung ini. Kami sangat teruja, sememangny­a sudah banyak Datuk luluskan peruntukan di Kg Kembiroi ini dan yang terbaru ialah pembinaan gelanggang untuk bersukan,” katanya.

Turut serta dalam siri lawatan itu ialah Ketua Pemuda Upko Nasional Arthur Sen, Pegawai Khas Parlimen Ranau Japirin Sahadi, Setiausaha Parlimen Dualis Ubin dan Susin selaku bendahari Parlimen Ranau.

Dalam siri lawatan itu, Ewon menegaskan bahawa isu utama penduduk di kawasan berkenaan ialah keperluan mendesak untuk pembaikan jalan raya dari simpang Terawas hingga Karagasan iaitu laluan utama 30 perkampung­an yang melibatkan kira-kira 25 ribu penduduk.

“Saya akan membawa sekali lagi dalam sidang Parlimen tentang keperluan pembaikan jalan raya dari Terawas hingga Karagasan yang menjadi laluan utama 30 kampung disini.

“Sebetulnya saya sudah usulkan permasalah­an ini, tetapi saya akan suarakan lagi sekali keperluan pembaikan jalan raya ini demi memenuhi permintaan dan suara majoriti penduduk kampung di sini,” katanya.

 ??  ?? EWON (tengah) disambut meriah setibanya di Kg Kembiroi Ranau.
EWON (tengah) disambut meriah setibanya di Kg Kembiroi Ranau.
 ??  ?? EWON (berdiri) berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Merungin 2. Turut bersama ialah Arthur (dua kiri).
EWON (berdiri) berucap pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kg Merungin 2. Turut bersama ialah Arthur (dua kiri).
 ??  ?? ASIDIN
ASIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia