Utusan Borneo (Sabah)

Kebersamaa­n rakyat perlu untuk teruskan agenda pembanguna­n

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kerajaan mempunyai banyak perancanga­n jangka masa panjang dan menuntut kebersamaa­n rakyat supaya terus menyokong setiap agenda pembanguna­n yang diatur.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkatarak­yattidakse­harusnya berfikiran negatif terhadap usaha kerajaan yang menuntut masa untuk direalisas­ikan.

“Rakyat perlu sedar bahawa kita mempunyai banyak perancanga­n jangka masa panjang melibatkan tempoh pelaksanaa­n yang bukan pendek dan satu penggal tidak mencukupi.

“Banyak usul yang sudah kita serahkan kepada pucuk pimpinan demi menjamin kesejahter­aan rakyat dan perlu diselesaik­an secara berperingk­at-peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2018 Tawau di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Sabtu, yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Mengulas lanjut, Pairin meminta pemain industri pelanconga­n membina lebih banyak hotel di negeri ini untuk menampung kehadiran pelancong yang kian bertambah.

“Sektor pelanconga­n penyumbang penting kepada sumber ekonomi Sabah yang secara tidak langsung memberi pulangan kepada pembanguna­n negeri,” katanya.

Menyentuh hal berasingan, beliau berharap perpaduan antara pelbagai kaum terus dikekalkan khususnya melalui sikap saling hormatmeng­hormati sesama masyarakat.

Menurutnya, hubungan baik sesama kaum itu juga penting kerana berupaya memastikan suasana harmoni, keamanan dan kemakmuran negara untuk terus dinikmati bersama.

“Secara tidak langsung, perpaduan kaum yang terpelihar­a ini juga sekaligus memudahkan pelaksanaa­n perancanga­n kerajaan dalam memajukan negara,” katanya.

Untuk rekod, karnival sembilan hari dari 2 hingga 10 Februari itu melibatkan pelbagai pengisian aktiviti seperti ‘Battle of the band’, pertanding­an nyanyian dan tarian moden.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Presiden Majlis Perbandara­n Tawau Alijus Sipil dan pemimpin masyarakat yang lain.

 ??  ?? PAIRIN bersama para pemimpin yang hadir merakamkan foto sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2018 Tawau di Padang Bandaran Tawau.
PAIRIN bersama para pemimpin yang hadir merakamkan foto sempena Karnival Tahun Baharu Cina 2018 Tawau di Padang Bandaran Tawau.
 ??  ?? MARY yang juga Ahli Parlimen Tawau menyerahka­n sumbangan kepada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Tawau sambil disaksikan oleh Pairin dan Alijus.
MARY yang juga Ahli Parlimen Tawau menyerahka­n sumbangan kepada Persekutua­n Persatuan-Persatuan Cina Tawau sambil disaksikan oleh Pairin dan Alijus.
 ??  ?? PAIRIN menerima hadiah cenderamat­a istimewa dalam bentuk seni kaligrafi Cina.
PAIRIN menerima hadiah cenderamat­a istimewa dalam bentuk seni kaligrafi Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia