Utusan Borneo (Sabah)

Penunggang maut, pembonceng parah

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng­nya mengalami cedera parah selepas motosikal jenis Honda yang dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya di kawasan Jalan Singgahmat­a, di sini, awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohammad Heiryzal Abdul Mutholib, 19, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu selepas mengalami keced- eraan parah di bahagian kepala.

Manakala pembonceng­nya berusia 15 tahun yang turut mengalami cedera parah di kepala telah dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, ketika kejadian kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari arah lampu isyarat Bypass menuju ke pusat Bandar Lahad Datu.

Bagaimanap­un sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika melalui jalan selekoh menuruni bukit, motosikal yang ditunggang Mohammad Heiryzal dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum merempuh satu tiang elektrik di kawasan itu.

“Impak daripada kejadian itu, kedua-dua mangsa yang parah kemudianny­a dikejarkan ke Hospital Lahad Datu hasil bantuan orang awam yang melalui kawasan berkenaan,” katanya.

Jelas Hamzah, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh Pegawai Penyiasat Trafik Insp Kemil Rhmat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia