Utusan Borneo (Sabah)

Program Umno Bantu Rakyat 2.0 manfaatkan 400,000 orang

-

SIK: Kira-kira 400,000 penerima mendapat manfaat daripada Program Umno Bantu Rakyat 2.0 anjuran Biro Kebajikan Umno Malaysia (BiKUM) sejak ia dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei tahun lepas.

Pengerusi BiKUM Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelbagai bentuk sumbangan diberikan kepada penerima termasuk pembukaan akaun simpanan Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) secara percuma kepada murid sekolah, pemberian kit makanan dan perkhidmat­an menyelengg­ara motosikal secara percuma.

“Kita mempelbaga­ikan bentuk sumbangan mengikut kesesuaian tempat dan keadaan… selain daripada itu juga kita harap sumbangan yang diberikan Umno membolehka­n kegiatan parti di akar umbi bergerak.

“Dalam program ini, kita hendak tingkatkan kesedaran daripada rakyat supaya faham bahawa inilah parti yang membantu dan membela rakyat. Janganlah pilih parti yang hanya mahukan kuasa dan kedudukan tetapi tidak ada agenda untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program itu di sini pada Ahad. Turut hadir Ketua Umno Bahagian Sik merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata sejumlah 30,000 murid di seluruh negara disasarkan menikmati faedah sumbangan pembukaan akaun simpanan SSP1M secara percuma itu menerusi program berkenaan.

“Ini sebagai simbolik kepada usaha kita untuk membantu dalam bentuk jangka panjang. Kalau kita hendak mengubah kehidupan rakyat, kita harus berikan keutamaan kepada pendidikan...sebab itu, kita peruntukka­n untuk 30,000 orang setakat ini,

“Tetapi kita akan tengok lagi selepas ini...sememangny­a ada permintaan tinggi (bagi SSP1M) di beberapa tempat,” katanya.

Sementara itu, Mohd Tajudin berkata seramai 500 murid dari daerah Sik mendapat sumbangan akaun simpanan SSP1M secara percuma dengan keseluruha­nnya bernilai RM50,000 selain 1,000 kit makanan turut disediakan kepada penerima terpilih menerusi program berkenaan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia