Utusan Borneo (Sabah)

SSPN 1Malaysia

-

KANGAR: Sejumlah 30,000 murid Tahun Satu seluruh negara menerima sumbangan akaun simpanan SSPN 1Malaysia bernilai RM100 seorang sumbangan Biro Kebajikan Umno Malaysia.

Pengerusi Biro Kebajikan Umno Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sumbangan itu diberikan kepada murid-murid dalam kalangan keluarga kurang berkemampu­an meliputi semua kaum tanpa mengira pegangan politik.

Program ini dilaksanak­an berterusan untuk jangka panjang bagi meningkatk­an mutu pendidikan anak-anak golongan tersebut, katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an sumbangan di bawah program Biro Kebajikan Umno Malaysia (BiKUM) peringkat negeri Perlis di Dewan Wawasan 2020, di sini, malam Sabtu.

Sebanyak 3,000 orang termasuk 500 ibu tunggal daripada Parlimen Arau, Kangar dan Padang Besar di Perlis menerima sumbangan pada malam Sabtu.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man yang juga Timbalan Pengerusi Umno Perlis.

Shamsul Anuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata program penyampaia­n bantuan oleh BiKUM telah disampaika­n di 11 buah negeri dan akan diikuti Sabah dan Kelantan dalam bulan ini.

“Program yang dijalankan oleh Umno tidak memilih bulu dan dilaksanak­an sepanjang masa, Program-program yang dijalankan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah berjangka panjang dan menyeluruh,” kata Shamsul Anuar. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia