Utusan Borneo (Sabah)

Medan Niaga Lawas bakal jana ekonomi di utara Sarawak

Projek bernilai RM4 juta menyediaka­n persekitar­an kondusif untuk membantu usahawan tempatan kembang perniagaan

-

LAWAS: Medan Niaga Lawas bernilai RM4 juta bakal menjadi nadi pertumbuha­n ekonomi di utara negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, kerajaan menumpukan usaha ke arah meningkatk­an bidang perniagaan dalam kalangan usahawan tempatan menerusi dasar dan program termasuk menyediaka­n kemudahan medan niaga.

“Medan niaga dapat mewujudkan persekitar­an berniaga untuk mengembang­kan perniagaan selain bekerjasam­a dengan sektor swasta untuk menyumbang kepada peningkata­n ekonomi,” ujarnya pada Majlis Perasmian Medan Niaga Lawas di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an(KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Ahmad Denny Fauzi, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim dan Setiausaha Majlis Daerah Lawas (MDL) Zulkifli Sahari.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan dan Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua berkata sektor perniagaan, perindustr­ian, industri kecil dan sederhana (IKS) akan dipertingk­atkan kerana ia merupakan tulang belakang ekonomi di Malaysia.

Kerajaan menurutnya, turut mengadakan program bantuan, memberi perkhidmat­an dan latihan, transforma­si usahawan desa melalui agensi seperti TEKUN, Amanah Ikhtiar Malaysia(AIM)sertabantu­an latihan, modal, pemasaran, seminar dan bengkel.

Kata beliau, selain medan niaga pelbagai projek pembanguna­n akan dibina membabitka­n pembinaan Lawas Mall, merancang pembanguna­n Tebingan Sungai Lawas bernilai RM10.2 juta dan Pasar Tamu Lawas menelan kos RM7 juta fasa pertama yang akan dibina dengan reka bentuk berciri masyarakat setempat.

“Kesemua projek ini akan menjadi mercu tanda di bawah senarai pelan utama pembanguna­n Lawas,” katanya lagi.

Sementara itu, Awang Tengah mahu rakyat di negeri ini memanfaatk­an perkembang­an baharu ke arah Ekonomi Digital.

“Ekonomi Digital bukan lagi pilihan tetapi kemestian untuk berjaya.

“Seperti tempat lain, Lawas juga akan diberi DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN Timbalan Ketua Menteri keutamaan dari segi kelajuan capaian Internet bagi membolehka­n produk tempatan dipromosik­an produk secara lebih meluas,” katanya.

Terdahulu, Hussaini berkata projek Medan Niaga Lawas diluluskan pada 2009 dan berpindah ke tapak baharu sekarang pada 2013 dan siap pada 2016.

“Projek keseluruha­n bernilai RM4 juta termasuk bangunan, prasarana, ruang niaga yang mengandung­i 34 lot termasuk 14 lot di tingkat bawah dan 20 lot di tingkat atas.

“Pasar Malam Lawas pula memuatkan 80 hingga 100 peniaga yang beroperasi dari jam 5 petang hingga 11 malam,” jelasnya.

Kemudahan itu katanya, akan membawa perubahan kesejahter­aan sosioekono­mi selain memperbany­akkan peluang perniagaan kepada usahawan dengan sewa RM100 hingga RM400 selepas melalui tapisan dan temu duga.

“Medan niaga dapat mewujudkan persekitar­an berniaga untuk mengembang­kan perniagaan selain bekerjasam­a dengan sektor swasta untuk menyumbang kepada ” peningkata­n ekonomi

 ??  ?? AWANG Tengah (empat kiri) bersama Zulkifli (kiri), Hussaini, Henry, Paulus dan Denny ketika perasmian Medan Niaga Lawas, pada Sabtu.
AWANG Tengah (empat kiri) bersama Zulkifli (kiri), Hussaini, Henry, Paulus dan Denny ketika perasmian Medan Niaga Lawas, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia