Utusan Borneo (Sabah)

Sembilan isu utama dikenal pasti untuk ditangani secara bersepadu: Fatimah

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) telah mengenal pasti sembilan isu utama untuk ditangani secara bersepadu dan berkesan.

Menterinya Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, kesemua isu tersebut telah dikenal pasti melalui kajian mendalam dan pemantauan hasil input dan kerjasama daripadara­kan-rakanstrat­egik kementeria­n.

Menurut beliau, isu-isu tersebut ialah penyalahgu­naan dadah, penyakit kelamin (STI) dan HIV, kehamilan remaja, perkahwina­n dan perceraian, jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan wanita, gelandanga­n, keganasan rumah tangga, jenayah harta benda dan masalah dokumen pengenalan diri.

“Tahun ini, kementeria­n bakal menjalanka­n enam kajian bagi mendapat input berasaskan fakta agar kementeria­n dapat menangani isu-isu yang telah dikenal pasti dengan lebih berkesan.

“Antaranya Kajian Indeks Kesejahter­aan Sosial Sarawak untuk mengukur tahap kesejahter­aan sosial di negeri ini dan mengenal pasti domain-domain sosial yang mempengaru­hi kesejahter­aan hidup rakyat.

“Kajian ini juga untuk merangka pelan tindakan transforma­si sosial yang mampu menjamin dan meningkatk­an lagi kualiti hidup rakyat Sarawak,” ujarnya ketika berucap pada Hari Terbuka KWKPK yang berlangsun­g selama dua hari bermula Sabtu dan Ahad di Tebingan Kuching di sini.

Fatimah berkata, sudah tiba masanya Sarawak mempunyai Indeks Kesejahter­aan Sosial sendiri sepertiman­a di negara maju, contohnya United Kingdom di mana setiap negeri di negara itu mempunyai indeks masing-masing selain indeks nasional.

Justeru menurut Fatimah, mempunyai satu indeks kesejahter­aan sosial tersendiri sesuai dengan konteks sosiobuday­a masyarakat Sarawak merupakan satu pelaburan sosial yang tidak ternilai.

Indeks ini juga katanya, bakal menjadi input berguna kepada kerajaan negeri untuk menggubald­asar,membangun serta mereka bentuk pelbagai inisiatif dan program intervensi atau pelaburan sosial yang berpotensi tinggi untuk meningkatk­an lagi kualiti hidup rakyat.

Sementara itu katanya, kementeria­n juga telah merangka perancanga­n strategik dan program baharu untuk dilaksanak­an tahun ini dalam usaha mensejahte­rakan golongan yang memerlukan.

Antaranya, Program Bersih Awal Bersih Akhir (BaBa) seperti amalan Program O-Soji di Jepun untuk mendedahka­n kanakkanak kepada kepentinga­n dan amalan kebersihan di peringkat awal.

Kementeria­n juga akan menghidupk­an semula Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan Inisiatif Sarawak (RIMUP) di kalangan pelajar, katanya.

Majlis semalam turut menyaksika­n penyerahan sumbangan RM2 juta daripada Petronas kepada kerajaan negeri untuk membantu 224 badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Sarawak menjalanka­n kerja-kerja sukarela mereka.

 ??  ?? PENGURUS Besar Petronas Pejabat Wilayah Sarawak Shamsur Taha (tiga kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM2 juta kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disaksikan Fatimah (tiga kanan) serta yang lain. - Gambar Muhammad Rais Sanusi
PENGURUS Besar Petronas Pejabat Wilayah Sarawak Shamsur Taha (tiga kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM2 juta kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg disaksikan Fatimah (tiga kanan) serta yang lain. - Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia