Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan cadang bina lapang sasar di Sarawak

-

KUCHING: Kerajaan bercadang membina sebuah lapang sasar di negeri ini untuk meningkatk­an kemahiran menembak pemilik senjata api berlesen.

Menteri Pelanconga­n, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penggunaan senjata api seperti pistol memerlukan latihan untuk menguasain­ya.

“Kadang-kadang kita mempunyai lesen untuk membawa senjata api, tetapi jarang menembak.

“Jadi ia salah satu inisiatif supaya pemilik pistol dapat terlibat dalam aktiviti menembak,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Pertanding­an Menembak Piala Ketua Menteri 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Menteri Muda Bekalan Elektrik Dr Abdul Rahman Junaidi dan Menteri Muda Pengangkut­an Dr Jerip Susil.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata sukan menembak kini semakin mendapat sambutan dalam kalangan pemilik senjata berlesen.

Malah, pertanding­an anjuran Internatio­nal Practical Shooting Confederat­ion (IPSC) turut menerima penyertaan menggalakk­an.

“Seperti yang kita lihat hari ini (semalam), banyak agensi kerajaan dan penguatkua­saan dalam mana-mana jabatan mengambil bahagian dalam pertanding­an.

“Mereka mempunyai lesen untuk membawa pistol tetapi jarang menembak, oleh itu dengan adanya pertanding­an seperti ini, pemilik pistol dapat menembak,” ujarnya.

 ??  ?? ABDUL Karim menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Menembak Piala Ketua Menteri 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan).
ABDUL Karim menyempurn­akan perasmian Pertanding­an Menembak Piala Ketua Menteri 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri) dan Dr Abdul Rahman (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia