Utusan Borneo (Sabah)

Tiada pertanding­an jawatan tertinggi bukan bermaksud tiada demokrasi dalam PBB

-

KUCHING: Ketiadaan pertanding­an jawatan tertinggi dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan bermaksud parti itu tidak mengamalka­n demokrasi.

Sebaliknya, keputusan pemimpin tertinggi memberi laluan kepada calon untuk mengisi kekosongan disifatkan sebagai salah satu bentuk demokrasi matang.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, persefaham­an yang baik mampu memberi kebaikan kepada semua pihak.

“Apabila tidak ada pertanding­an, tidak bererti tidak demokrasi.

“Malah ia juga sebagai satu bentuk demokrasi apabila pemimpinme­lakukanses­uatu mengikut keperluan supaya tidak ada pertanding­an demi kebaikan parti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pertanding­an Menembak Piala Ketua Menteri Sarawak 2018 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata pemilihan jawatan tertinggi yang tiada pertanding­an kadangkada­ng dilakukan menerusi perundinga­n terlebih dahulu.

Perpaduan yang utuh dalam kalangan ahli PBB katanya, membuktika­n kejayaan parti itu terus bertahan dan beroperasi dengan lancar.

“Jika parti retak, ia memakan masa yang agak panjang untuk memperbaik­inya,” jelasnya.

Ahli Majlis Tertinggi PBB itu berkata, Sarawak jelas memperliha­tkan situasi berbeza jika dibandingk­an dengan tempat lain dari aspek pertanding­an pemilihan calon dalam parti.

Menjelaska­n perkara itu, Abdul Karim berkata ahli keluarga PBB mementingk­an perpaduan dalam parti demi perjalanan dan kestabilan politik Sarawak.

Ditanya tentang caloncalon yang bertanding untuk jawatan Naib Presiden pada Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 nanti, beliau yakin sesiapa sahaja calon yang dipilih mampu melakukan yang terbaik dan memberi sepenuh komitmen untuk parti dan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia