Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan akan laksana pembaharua­n sosial di Sarawak

Pendekatan menyeluruh diambil pastikan kesejahter­aan rakyat

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan melakukan pembaharua­n sosial di negeri ini dengan pendekatan yang menyeluruh bagi memastikan kesejahter­aan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kesejahter­aan merupakan komponen paling penting untuk mewujudkan persekitar­an yang diingini.

Justeru katanya, dalam rombakan kabinet baru-baru inibeliaut­elahmencan­tumkan beberapa komponen yang sangat penting untuk membangunk­an masyarakat di bawah satu kementeria­n iaitu Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak.

“Banyak negara maju masih memikirkan cara bagaimana untuk membina ekosistem sosial mereka di mana golongan muda dan tua adalah di bawah satu unit.

“Sebagai contoh Jepun, meskipun dahulu masyarakat­nya sangat menghormat­i golongan tua namun kini disebabkan permintaan kerja berlaku pengasinga­n antara dua golongan ini.

“Sama seperti Singapura yang kini dalam usaha melakukan pembaharua­n ke atas masyarakat­nya dan kita di Sarawak bertuah kerana kita boleh belajar daripada negara-negara ini.

“Sebab itu saya mahu membuat pembaharua­n sosial di Sarawak ini dengan pendekatan makro melibatkan keluarga, persekitar­an, struktur dan juga penyertaan semua orang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak (KWKPK) di Tebingan Kuching di sini, pada Sabtu.

Abang Johari berkata, pembaharua­n sosial ini tidak hanya melibatkan institusi kekeluarga­an tetapi juga komponen lain seperti perhubunga­n dan kemudahan awam.

Oleh itu katanya beliau bertegas untuk membangunk­an perkhidmat­an transit aliran ringan (LRT) di negeri ini meskipun menelan perbelanja­an yang besar.

“Bagi saya LRT adalah satu pelaburan yang akan membuka kawasan baharu di luar Kuching dengan DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri nilai tanah yang rendah bagi pembinaan rumah pada harga berpatutan.

“Sebab itu saya tidak kisah untuk membelanja­kan sejumlah besar untuk membangunk­an LRT ini kerana ia adalah pelaburan untuk masa depan masyarakat kita,” jelasnya.

Pada majlis itu, Abang Johari turut meluluskan geran berjumlah RM500,000 sebagai modal permulaan untuk wanita yang dilatih oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak.

Geran tersebut katanya, akan dapat membantu golongan wanita yang memerlukan memulakan perniagaan mereka bagi menjana pendapatan.

Kerajaan negeri sebelum ini juga telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.8 juta untuk membantu Tadika Kemas di negeri ini.

Peruntukan itu akan digunakan untuk membina semula Tadika Kemas daif di negeri ini bagi memastikan anak-anak dapat belajar dalam persekitar­an yang kondusif.

Turut hadis pada majlis itu, isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Rosey Yunus.

“Sama seperti Singapura yang kini dalam usaha melakukan pembaharua­n ke atas masyarakat­nya dan kita di Sarawak bertuah kerana kita boleh belajar daripada negaranega­ra ini. ”

 ??  ?? ABANG JOHARI (tengah) merakamkan gambar bersama kanak-kanak prasekolah yang terlibat dalam Program Bersih Awal Bersih Akhir (BaBa) yang dilancarka­n pada Sabtu sempena Hari Terbuka KWKPK. Turut kelihatan Harden (dua kiri), Jumaani (tiga kiri), Fatimah...
ABANG JOHARI (tengah) merakamkan gambar bersama kanak-kanak prasekolah yang terlibat dalam Program Bersih Awal Bersih Akhir (BaBa) yang dilancarka­n pada Sabtu sempena Hari Terbuka KWKPK. Turut kelihatan Harden (dua kiri), Jumaani (tiga kiri), Fatimah...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia