Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Kesihatan diarah semua kes pernah digigit anjing seluruh negeri

Jejak

-

KUCHING: Jabatan Kesihatan diarah untuk menjejak semua kes yang dilaporkan pernah digigit anjing di seluruh negeri bagi tujuan pemantauan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, arahan itu dibuatuntu­kmengetahu­idan memantau perkembang­an mangsa gigitan anjing.

“Saya akan mengarahka­n Jabatan Kesihatan menjejak semua kes yang dilaporkan telah digigit anjing dan ini amat penting untuk kita mengetahui perkembang­an mereka.

“Jika ada sebarang keadaan atau situasi mencurigak­an atau menunjukka­n simptom maka mereka harus dihantar ke hospital berdekatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika menghadiri Program Pemvaksina­n Rabies yang dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian di Bandar Baharu Batu Kawa (MJC) di sini, pada Sabtu.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri berkata, keluarga yang ahlinya mempunyai sejarah gigitan anjing juga perlu diperhatik­an.

“Saya juga ingin mengingatk­an klinik swasta, jika ada kes gigitan anjing yang mendapatka­n rawatan di klinik, mereka perlu segera melaporkan kepada hospital awam.

“Ini kerana hanya hospital awam sahaja yang mempunyai Prosedur Operasi Standard(SOP) rawatan mangsa rabies selain mempunyai vaksin mencukupi bagi pesakit,” katanya.

Uggah berkata, jawatankua­sa bersama Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JVPS) bersama pasukannya akan terus berhubung dengan orang awam khasnya generasi muda mengenai pendidikan, kesedaran serta pemvaksina­n anti-rabies.

“Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, wabak rabies di Sarawak dapat dihapuskan. Kita menyasarka­n dua atau tiga tahun lagi sebelum kita mengisytih­arkan Sarawak bebas rabies. Itu sasaran kita,” tegasnya.

Katanya, usaha mengekang rabies tidak dapat dilakukan jika tidak mendapat kerjasama semua, walaupun ada segelintir masyarakat mungkin sensitif mengenai isu berkenaan.

 ??  ?? UGGAH pada sidang media semasa menghadiri program pemvaksina­n di MJC, pada Sabtu. Turut kelihatan Dr Sim (kanan) dan Pemangku Pengarah JPVS Dr Adrian Susin Ambud (kiri).
UGGAH pada sidang media semasa menghadiri program pemvaksina­n di MJC, pada Sabtu. Turut kelihatan Dr Sim (kanan) dan Pemangku Pengarah JPVS Dr Adrian Susin Ambud (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia