Utusan Borneo (Sabah)

Faktor penting

-

SIMUNJAN: Inovasi adalah faktor penting untuk memajukan ekonomi pada abad ke-21, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri. Beliau berkata, kewujudan pelbagai bentuk aplikasi dalam telefon pintar yang dimiliki hari ini merupakan hasil inovasi.

“Oleh yang demikian, tahap pemikiran inovasi rakyat perlu terus dipertingk­atkan bagi tujuan mengekalka­n daya saing kita dalam mempersiap­kan Malaysia untuk mencapai status negara maju.

“Pihak kerajaan telah mula menerapkan faktor inovasi sebagai elemen utama dalam pembanguna­n ekonomi negara, justeru Program Inovasi Rakyat ini dibawa ke Parlimen Batang Sadong sebagai satu usaha untuk meningkatk­an azam serta kesedaran penduduk di kawasan ini tentang inovasi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Inovasi Rakyat di Dewan Mesra Simunjan, pada Sabtu.

Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, budaya inovasi perlu dijadikan amalan yang menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

“Sebenarnya sikap dan sifat inovatif bukanlah sesuatu yang asing dalam hidup kita kerana kita sudahpun memiliki sikap inovatif dalam mengatur kehidupan seharian atau dalam bermasyara­kat, terutamany­a apabila kita mencari jalan untuk menyelesai­kan sesuatu masalah atau cabaran.

“Setiap penyelesai­an baharu yang kita amalkan dalam hidup kita dan ahli keluarga serta masyarakat adalah termasuk di dalam rangkuman pemikiran berinovasi,” jelasnya.

Malah katanya, sejajar dengan Revolusi Industri 4.0, inovasi telah mencapai peringkat penting dalam penggubala­n polisi khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Selari usaha itu tambahnya, kerajaan semakin giat melaksana pelbagai inisiatif untuk melonjakka­n daya inovasi dan menggalakk­an keusahawan­an berasaskan inovasi.

Selain itu, beliau memberitah­u penggalaka­n budaya inovasi juga membolehka­n bakat kreativiti di kalangan rakyat diasah.

“Sehubungan itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk memuji usaha Agensi Inovasi Malaysia kerana mereka telah berusaha gigih dalam merangsang budaya kreativiti dan inovasi di peringkat akar umbi di seluruh negara,” ujarnya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simunjan Awla Dris, Adun Sadong Jaya Aidel Lariwoo, Rektor Universiti Teknologi MARA Sarawak Datuk Jamil Hamali dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia