Utusan Borneo (Sabah)

Perodua rangka strategi baharu kukuh kedudukan di pasaran domestik

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sedang merangka strategi baharu untuk mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai pemain industri automotif nombor satu di pasaran domestik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh berkata walaupun berdepan dengan cabaran berikutan penguatkua­saan permohonan pinjaman yang ketat, syarikat itu yakin keadaan tersebut tidak akan menggugat kedudukann­ya.

Katanya Perodua juga sedang mempertimb­angkan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk menghadapi pasaran yang kompetitif termasuk kaedah sewa milik untuk menggalakk­an jualan.

“Banyak yang sedang kami pertimbang­kan. Mungkin itu (kaedah sewa milik) adalah antaranya. Sekarang ini pun, banyak syarikat kereta sewa yang ambil daripada kita. Saya nampak ini antara bidang yang permintaan­nya mungkin akan meningkat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain itu, katanya Perodua dan Grab juga sedang mencari kaedah baharu untuk mengukuhka­n kerjasama yang telah ditandatan­gani pada tahun lalu.

Pada Mei tahun lepas, Perodua telah memeterai Memorandum Persefaham­an dengan Grab Malaysia untuk memberi nilai tambah perkhidmat­an dengan menawarkan kadar sewa beli yang kompetitif untuk pemandu GrabCar.

Melalui kerjasama itu, Perodua menawarkan pakej harga kenderaan istimewa menerusi Jabatan Jualan Kerajaan dan Korporat, masa yang minimum untuk pendaftara­n kereta bagi pemandu Grab serta pusat sehenti bagi servis dan alat ganti, insurans dan cukai jalan.

Mengenai kenderaan elektrik (EV), Aminar berkata Perodua tidak bercadang untuk mengeluark­an EV buat masa ini.

“Terlalu awal untuk memperkata­kan tentang EV. Bagaimanap­un, kami mengambil maklum kerajaan mempunyai perancanga­n ke arah itu.

“Kami akan berbincang dengan rakan-rakan kami terutamany­a rakan teknologi dan teknikal kami sama ada (EV) boleh dipertimba­ngkan,” katanya. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia