Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia X meterai perjanjian dengan Lapangan Terbang Avalon, Australia

-

KUALA LUMPUR: AirAsia X memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun dengan Lapangan Terbang Avalon, di negeri Victoria, Australia, dan syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh itu akan mula beroperasi pada akhir tahun ini, menurut syarikat penerbanga­n itu semalam.

Ketika ini, syarikat penerbanga­n itu beroperasi dari Lapangan Terbang Melbourne, yang juga terletak di negeri Victoria dan 62 kilometer dari Lapangan Terbang Avalon.

“Ini adalah perjanjian untuk tempoh 10 tahun bagi menampung pertumbuha­n AirAsia X. Ia merupakan perjanjian pertama di Australia, dan menyediaka­n peluang tambang rendah yang unik kepada orang ramai dan perniagaan untuk mengakses lebih 130 destinasi di seluruh Asia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Avalon Justin Giddings.

Beliau berkata Lapangan Terbang Avalon mudah diakses dari Melbourne, Geelong, Ballarat dan kawasan sekitarnya.

“Lapangan Terbang Avalon menawarkan pengalaman yang mudah dan menyeronok­kan kepada pelancong dan hanya 50 minit ke Melbourne CBD (kawasan perniagaan pusat) dan dan lapangan terbang antarabang­sa terdekat ke Great Ocean Road,” katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 500,000 penumpang antarabang­sa diunjurkan menggunaka­n Lapangan Terbang Avalon pada tahun pertama operasi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes berkata: “Kami berbangga dapat memperbaha­rui komitmen kami untuk menjadikan perjalanan udara mampu dimiliki oleh rakyat Australia dengan langkah ini ke Avalon, dan membolehka­n kami terus menawarkan tambang rendah ke Asean, Asia dan seterusnya.” -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia