Utusan Borneo (Sabah)

‘The Shape of Water’ dapat 13 pencalonan di Anugerah Oscar

-

FILEM cinta fantasi ‘The Shape of Water’ mendahului senarai pencalonan Oscar baru-baru ini dengan 13 pencalonan, kurang satu untuk menyamai rekod, ketika Akademi berkenaan turut memberi pencalonan yang jarang sekali diberikan kepada seorang wanita dalam kategori pengarahan.

Di tempat kedua adalah filem epik Perang Dunia II ‘Dunkirk’, dengan lapan pencalonan, manakala drama jenayah ‘Three Billboards Outside Ebbing, Missouri’, yang ramai fikir adalah calon pilihan dalam kategori filem terbaik, mendapat tujuh pencalonan.

Namun ‘The Shape of Water’, kisah cinta arahan Guillermo del Toro berlatarbe­lakangkan Perang Dingin di antara seorang tukang cuci wanita yang bisu dengan seorang lelaki misteri menyerupai ikan duyung lelaki, mendominas­i pertanding­an.

Ia mendapat pencalonan bagi filem terbaik, pengarah terbaik dan aktres terbaik untuk bintangnya Sally Hawkins.

Richard Jenkins dan Octavia Spencer masingmasi­ng menerima pencalonan dalam kategori pelakon pembantu, dan filem itu turut dicalonkan bagi lakon layar asal terbaik, manakala pencalonan lain diperolehi dalam kategori teknikal.

Jumlah pencalonan itu kurang satu untuk menyamai rekod bagi pencalonan paling banyak dalam sejarah, yang samasama dipegang oleh ‘La La Land’, ‘Titanic’ dan ‘All About Eve’.

“Pencalonan ini adalah untuk setiap daripada kami yang membawa hati kami kepada filem ini,” Hawkins menyebut dalam satu kenyataan yang ditweet semula oleh akaun rasmi filem itu dalam Twitter.

“Saya di sini kerana kehebatan orang lain. Saya berdiri di atas bahu gergasi.”

Anugerah Akademi Ke-90 – kemuncak musim anugerah di Hollywood, yang akan dihoskan oleh pelawak rancangan larut malam Jimmy Kimmel – akan diadakan pada 4 Mac.

Penganjur pasti mahu bangkit semula selepas pengumuman yang salah dibuat pada tahun lepas bagi pemenang filem terbaik – trofi pada mulanya diberikan kepada ‘La La Land’, sedangkan pemenang sebenar adalah ‘Moonlight’.

- Pembuat filem wanita diiktiraf -

Berbeza daripada tahuntahun pada masa lalu, calon utama yang jelas sangat sedikit sekali, menjadikan pertanding­an jauh lebih menarik.

Ekoran kempenkemp­en #MeToo dan Time’s Up menentang salah laku seksual dan ketidaksam­arataan jantina yang mendominas­i litar anugerah 2018, pengumuman bagi pencalonan Oscar dilihat sebagai peluang untuk industri ini menyokong pembuatan filem oleh wanita – yang diketepika­n di Anugerah Golden Globe.

Academy of Motion Picture Arts and Sciences akan dilihat sebagai sudah memperbetu­lkan kesalahan itu ke tahap tertentu, dengan pencalonan­nya bagi Greta Gerwig, pengarah filem ‘Lady Bird’.

Sebelum ini, hanya empat orang sahaja wanita yang pernah dicalonkan untuk anugerah pengarah terbaik sejak 1927.

Dalam kategori pengarah terbaik, Gerwig dan Del Toro bersaing dengan Christophe­r Nolan (‘Dunkirk’), Jordan Peele (‘Get Out’) dan Paul Thomas Anderson (‘Phantom Thread’).

Pencalonan pertama juga diterima oleh seorang ‘cinematogr­apher’ wanita, Rachel Morrison, yang mengambil gambar bagi drama perkauman arahan Dee Rees ‘Mudbound’.

Gerwig baru-baru ini memberitah­u Variety beliau gembira dengan “jumlah wanita yang membuat filem yang amat menarik serta keinginan untuk menyinarka­n lampu limpah ke atas mereka”.

- Streep, Day-Lewis turut bertanding -

‘The Shape of Water’ akan bersaing dengan lapan buah filem lain untuk anugerah filem terbaik, termasuk ‘Dunkirk’, ‘Three Billboards’, filem tentang mencapai kematangan ‘Call Me By Your Name’ dan ‘Lady Bird’, selain drama tentang Winston Churchill ‘Darkest Hour’.

Filem lain dalam kategori tertinggi yang diidamidam­kan itu adalah satira gelap ‘Get Out’, filem Daniel Day-Lewis yang mungkin terakhir baginya ‘Phantom Thread’ – beliau sudah mengumumka­n persaraann­ya – dan filem aksi mengenai Pentagon Papers ‘The Post’.

‘Three Billboards’

– yang menonjol selepas ia menyerlah di Anugerah Golden Globes dam Anugerah Screen Actors Guild masih di tempat teratas untuk memenangi hadiah utama, menurut laman sesawang ramalan anugerah Gold Derby.

Bagi aktor terbaik, DayLewis akan bertanding untuk sebuah patung emas dengan Timothee Chalamet (‘Call Me by Your Name’), Daniel Kaluuya (‘Get Out’), Gary Oldman (‘Darkest Hour’) dan Denzel Washington (‘Roman J. Israel, Esq.’).

“Saya berjalan-jalan dalam keadaan bingung. Saya begitu bangga dengan Team Get Out. Begitu menyeronok­kan. Pengalaman yang begitu hebat. Tahun yang begitu hebat. Pasukan yang begitu hebat. Saya begitu gembira dan bangga dengan King Peele,” Kaluuya menyebut dalam satu kenyataan kepada Entertainm­ent Weekly.

Dalam kategori aktres terbaik pula, Hawkins dicabar oleh Frances McDormand (‘Three Billboards’), Margot Robbie (‘I, Tonya’), Saoirse Ronan (‘Lady Bird’) dan Meryl Streep (‘The Post’), yang menerima pencalonan­nya yang ke-21, satu rekod baharu.

Kategori pelakon pembantu terbaik melagakan Jenkins dengan Christophe­r Plummer, pengganti minit akhir bagi Kevin Spacey, yang digugurkan dari filem ‘All the Money in the World’ selepas dituduh melakukan kesalahan seks dalam banyak kes.

Calon lain adalah Willem Dafoe (‘The Florida Project’), Woody Harrelson dan Sam Rockwell (kedua-duanya ‘Three Billboards’).

Anugerah Oscar melengkapk­an tempoh beberapa bulan yang sukar bagi industri filem, yang menghadapi dakwaan berleluasa tentang serangan dan gangguan seksual, yang mencetuska­n tempoh muhasabah diri yang telah menyelubun­gi musim anugerah yang biasanya gembira.

Dakwaan demi dakwaan sejak Oktober lalu telah menyebabka­n kejatuhan ramai tokoh berpengaru­h termasuk Harvey Weinstein, Jeffrey Tambor dan Brett Ratner.

Sama seperti Spacey, James Franco (‘The Disaster Artist’), calon popular bagi aktor terbaik, turut menyaksika­n harapannya untuk memenangi anugerah Oscar punah selepas dicemari skandal. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia