Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan protes kerajaan Togo

-

LOME: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalanan ibu negara Lome di Togo kelmarin, membantah Presiden Faure Gnassingbe dan kerajaanny­a.

Protes tercetus selepas beberapa perunding dari Ghana dan Guinea menyatakan Togo akan menyertai rundingan mengenai pindaan kontrovers­i perlembaga­an pada 15 Februari, dalam tindakan yang bertujuan menamatkan ketegangan politik yang melumpuhka­n.

Satu siri pusingan tunjuk perasaan terhadap Presiden Gnassingbe sudah berlarutan beberapa bulan, kemudian negara digegarkan dengan mogok guru dan pekerja kesihatan.

Parti pembangkan­g mahu menyekat presiden agar memegang jawatan bagi tempoh maksimum dua penggal lima tahun serta memperkena­l sistem pengundian dua pusingan.

Gnassingbe memegang jawatan sejak 2005 setelah mengambil alih daripada ayahnya, yang memerintah negara selama 38 tahun.

Ketika pihak perundinga­n menyatakan pada Jumaat lepas bahawa pemimpin 14 parti pembangkan­g bersetuju untuk membatalka­n bantahan umum, para pemimpin sendiri meneruskan dengan bantahan kelmarin.

“Ini adalah hak perlembaga­an kami untuk membantah.

“Sekiranya kami ingin membantah maka kami akan lakukan,” menurut ketua pembangkan­g Jean-Pierre Fabre.

Orang ramai berarak memenuhi beberapa jalan utama di ibu negara, melaungkan slogan membantah pihak rejim.

Tunjuk perasaan sebegitu telah menjadi satu acara hampir setiap minggu sejak awal September.

“Saya tidak menjangkak­an apa-apa daripada dialog akan datang kerana pihak rejim tidak ikhlas,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Kossi Djivo.

Para pemimpin Afrika Barat pada November lepas menyeru kedua-dua pihak di Togo agar memasuki rundingan yang diatur Presiden Ghana Nana Akufo-Addo dan Presiden Guinea Alpha Conde.

Pakatanpem­bangkangme­nuntut langkah-langkah perubahan termasuk pembebasan tahanan dan pengundura­n pasukan tentera. — AFP

 ??  ?? GNASSINGBE bertemu rakan sejawatan dari Guinea Bissau Jose Mario Vaz (kiri) dan Conde (kanan) selepas bermesyuar­at di istana presiden di Conakry, Jumaat lalu. — Gambar AFP
GNASSINGBE bertemu rakan sejawatan dari Guinea Bissau Jose Mario Vaz (kiri) dan Conde (kanan) selepas bermesyuar­at di istana presiden di Conakry, Jumaat lalu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia