Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditemukan tertiarap di Tanjung Aru dipercayai lemas

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Seorang lelaki ditemukan tertiarap di tepi pantai Taman Prince Philip Tanjung Aru, di sini, dipercayai lemas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, mangsa Lim Chung Wui, 56, ditemukan orang ramai dalam keadaan tertiarap di pantai berkenaan.

“Pihak polis telah menerima panggilan berhubung penemuan itu pada Sabtu kira-kira jam 6.05 petang.

“Siasatan awal mendapati mangsa dijumpai oleh orang awamdalamk­eadaantert­iarap di dalam air di pantai Tanjung Aru 2 sebelum dibawa ke tepi pantai dan diberi pertolonga­n cemas tetapi tidak berjaya.

“Orang awam kemudian telah menghubung­i pihak perubatan Hospital Queen Elizabeth dan pegawai perubatan telah mengesahka­n mangsa telah meninggal dunia namun punca kematian belum dapat dipastikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Chandra berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa.

Katanya, mayat mangsa hanya akan dibedah siasat apabila waris mangsa dapat dikesan.

“Pemeriksaa­n di Pantai Tanjung Aru 1 telah menjumpai kenderaan milik mangsa jenis Proton Saga.

“Turut dijumpai adalah dokumen pengenalan diri mangsa dan lain-lain barang peribadi milik mangsa,” katanya.

Orang ramai yang mengenali mangsa diminta untuk menghubung­i dan memaklumka­n kejadian itu kepada waris keluarga mangsa serta ke balai polis yang berhampira­n atau menghubung­i Sub Insp Wagiman Seno (0168436999).

Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? MANGSA dibawa oleh pihak keselamata­n.
MANGSA dibawa oleh pihak keselamata­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia