Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 sertai Sunday Family Ride anjuran JKM

- Oleh ALFRED PETRUS

LEBIH 500 orang menyertai Sunday Family Ride (SFR) anjuran Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata pada awal 2018, JKM mendahului penganjura­n SFR sebelum giliran kementeria­n yang lain.

“Hari ini adalah SFR JKM yang mana lebih 500 orang menyertain­ya. Bagaimanap­un, ia bukanlah jumlah sebenar kerana ada dalam kalangan kakitangan JKM membawa ahli keluarga mereka.

“Program seumpama ini baik kepada seisi keluarga sebagai satu aktiviti santai di hujung minggu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena SFR JKM 2018 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu pada Ahad.

Katanya penganjura­n seumpama itu adalah satu program mengikut giliran yang mana akan dijalankan pada Ahad minggu pertama setiap bulan.

Katanya walaupun JKM menjadi penganjur pertama bagi 2018, namun terdapat juga agensi-agensi yang bernaung di bawahnya turut serta memberi sokongan bagi memeriahka­n lagi suasana.

“Terutama sekali Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang menyediaka­n kemudahan kondusif seperti lokasi penganjura­n dan basikal percuma untuk orang ramai menyertai aktiviti berbasikal,” katanya.

Sebagai program kekeluarga­an tambahnya, pelbagai aktiviti bersesuaia­n dijalankan mengikut peringkat umur.

Antaranya seperti sukaneka, pertanding­an mewarna, lumba basikal 200 meter bagi kategori Lelaki Junior dan Lelaki Senior mahupun aktiviti senam pagi bersama seluruh warga dan ahli keluarga kakitangan JKM.

Turut hadir ialah Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ??
 ??  ?? SUKARTI (depan, dua kiri) melakukan senam pagi yang turut disertai oleh warga JKM.
SUKARTI (depan, dua kiri) melakukan senam pagi yang turut disertai oleh warga JKM.
 ??  ?? SUKARTI (tiga kiri) mengetuai acara berbasikal.
SUKARTI (tiga kiri) mengetuai acara berbasikal.
 ??  ?? SI cilik turut menyertai kayuhan berbasikal SFR JKM.
SI cilik turut menyertai kayuhan berbasikal SFR JKM.
 ??  ?? PERTANDING­AN mewarna turut dijalankan.
PERTANDING­AN mewarna turut dijalankan.
 ??  ?? SFR JKM dimulakan dengan senam pagi.
SFR JKM dimulakan dengan senam pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia