Utusan Borneo (Sabah)

KESELAMATA­N SABAH TERJAMIN

Akan dipertingk­atkan lagi agar keamanan terus dijaga

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Keadaan keselamata­n di Sabah khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terjamin ekoran penguatkua­saan yang dilaksanak­an oleh Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata keselamata­n yang kukuh itu akan terus diperketat dan dipertingk­atkan lagi demi memastikan keselamata­n rakyatterj­aminsertak­eamanan dan kedamaian yang wujud di negeri ini terus dijaga.

“Keselamata­n di negeri ini terjamin khususnya di Esszone kerana penguatkua­saan yang dibuat oleh Esscom. Tetapi saya akan fikir cara bagaimana hendak ketatkan dan tingkatkan lagi keselamata­n di sini. Ia supaya keselamata­n rakyat sentiasa terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Mendekati Rakyat di Dewan Kg Pulau Nunuyan Laut, di sini pada Ahad.

Musa berkata, selaku pengerusi Esscom adalah tanggungja­wab beliau memastikan usaha memelihara keselamata­n di negeri ini terus terlaksana dari semasa ke semasa.

“Kita akan terus berusaha dan bekerja untuk rakyat. Asalkan mereka selamat, kita semua selamat dan dapat hidup dalam keadaan aman damai,” katanya.

Beliau akan berbincang dengan pihak keselamata­n tentang bagaimana menjaga keselamata­ndiPulauNu­nuyan serta kawasan lain, khasnya di Esszone.

Dalam pada itu, Musa menyeru agar rakyat sentiasa menyokong pemimpin dan patuh pada kerajaan demi kebaikan masa depan mereka (rakyat) sendiri.

Justeru itu, katanya rakyat diharap tidak terpengaru­h atau termakan kata-kata bohong dan palsu daripada anasir-anasir yang tidak bertanggun­gjawab.

“Sebagai rakyat, harus tahu menilai mana parti yang baik dan tidak baik. Kerajaan Barisan Nasional (BN) ada bukti,kitasentia­samemastik­an masalah rakyat didengar dan diatasi demi kesenangan rakyat,” katanya.

Pada majlis itu, Musa yang juga Adun Sungai Sibuga turut menyampaik­an beg sekolah kepada 241 pelajar sekolah, sumbangan wang tunai kepada 30 warga emas dan tiga kerusi roda.

Terdahulu, beliau juga telah melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kg Nunuyan Laut.

Hadir sama, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol, Adun Gum-Gum Datuk Zakaria Mohd Edris, Adun Sekong Datuk Samsudin Yahya, Ketua Wanita Umno Libaran Datuk Armani Mahiruddin, PPM Sg Sibuga Datuk Salzo Asa, Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin dan Ketua PDM Kg Nunuyan Laut Kapul Dau.

 ??  ?? MUSA bersama pemimpin serta murid-murid yang menerima bantuan beg sekolah.
MUSA bersama pemimpin serta murid-murid yang menerima bantuan beg sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia