Utusan Borneo (Sabah)

2,000 serbu jualan karnival harga murah

Dapatkan barangan keperluan pada harga rendah

-

“Sekarang ini, kita banyak mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan. Jadi, ini salah satu cara untuk kita membantu rakyat. Menerusi jualan ini, orang ramai berpeluang mendapatka­n barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, daging mentah, ikan segar dan sebagainya yang dijual pada harga murah. ”

DATUK SAMSUDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong

KARNIVAL Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di PPR Batu Sapi, Sandakan pada Sabtu meriah dengan

sambutan oleh kira-kira 2,000 pengunjung yang datang seawal jam 8 pagi. Pelbagai barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung, gula dan ikan segar dijual pada harga yang sangat berpatutan.

Malah, program itu juga mendapat sokongan daripada pelbagai agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama), Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) kawasan Sandakan serta agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Majlis itu disempurnk­an oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Datuk Samsudin Yahya.

Samsudin yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi berkata jualan istimewa itu diadakan untuk membantu meringanka­n perbelanja­an rakyat.

“Sekarang ini, kita banyak mendengar keluhan rakyat mengenai kenaikan harga barangan. Jadi, ini salah satu cara untuk kita membantu rakyat.

“Menerusi jualan ini, orang ramai berpeluang mendapatka­n barangan keperluan asas seperti minyak masak, gula, daging mentah, ikan segar dan sebagainya yang dijual pada harga murah,” katanya.

Jelasnya program itu merupakan inisiatif dan langkah yang tepat, dengan membawa semua agensi yang melibatkan penjualan langsung ke kawasan perumahan itu dengan jaminan harga yang rendah daripada pasaran, bertujuan membantu rakyat.

“Saya yakin dan percaya di bawah pucuk kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak banyak program ekonomi diwujudkan, bukan sahaja jualan barangan keperluan seharian. Saya juga berharap KPDNKK melaksanak­an PJSR ini dengan lebih kerap lagi.

“Program hari ini adalah permulaan dan ia tanda keprihatin­an kerajaan bagi membantu rakyat di sini. Program ini ternyata dapat sambutan meriah dan masyarakat berpuas hati,” katanya yang turut berharap program anjuran bersama KPDNKK itu dapat diluaskan ke kawasan lain.

Dalam pada itu, Samsudin berkata untuk Parlimen Batu Sapi, sudah terdapat Klinik 1Malaysia yang ditempatka­n berhampira­n kawasan perumahan di PPR Taman Batu Sapi. Dengan membayar RM1, masyarakat dapat menjalani rawatan dan mendapatka­n ubat-ubatan setaraf dengan klinik swasta lainnya.

Selain itu, Program Bantuan Awal Persekolah­an, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Amanah Ikhtiar, Program 1Azam dan banyak lagi.

“Kesemua ini merupakan program untuk membasmi kemiskinan, demi membela dan membantu rakyat yang berpendapa­tan rendah,” katanya yang juga pengerusi Barisan Nasional Parlimen Batu Sapi.

Menurut beliau di Taman PPR Batu Sapi ada PPR Lintas Sibuga, Masjid Wasatiyyah yang terbaharu dan lampu Jalan Bokara-Batu Sapi, yang merupakan antara prasarana disediakan untuk keperluan rakyat di Parlimen Batu Sapi.

Katanya kerajaan BN bekerja tidak memilih musim dekat pilihan raya sahaja, tetapi bekerja hari-hari untuk menggalas tugasan penuh bertanggun­gjawab demi rakyat.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat di kawasan itu agar sentiasa meningkatk­an perpaduan yang sedia ada dan tidak terpengaru­h dengan dakyah pihak pembangkan­g yang retorik, yang hanya tahu menaburkan fitnah bagi tujuan memecah-belahkan perpaduan rakyat.

Hadir sama, PPM Sekong Zantapha Zainal Abidin, Naib Ketua Wanita Marlinah Mustapaha, Naib Ketua Pemuda Mohd Azmi Hj Jamal dan Naib Ketua Puteri Khatijah Ebrahim.

 ??  ?? (Gambar kiri) SAMSUDIN beramah mesra dengan pengunjung karnival itu.
(Gambar kiri) SAMSUDIN beramah mesra dengan pengunjung karnival itu.
 ??  ?? (Gambar atas) PENGUNJUNG bertuah menerima hadiah cabutan tiket bertuah disampaika­n Samsudin.
(Gambar atas) PENGUNJUNG bertuah menerima hadiah cabutan tiket bertuah disampaika­n Samsudin.
 ??  ?? SAMSUDIN bersama rakyat di Karnival Jualan Sentuhan Rakyat.
SAMSUDIN bersama rakyat di Karnival Jualan Sentuhan Rakyat.
 ??  ?? SAMSUDIN melawat gerai jualan para peniaga yang menyertai karnival itu.
SAMSUDIN melawat gerai jualan para peniaga yang menyertai karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia