Utusan Borneo (Sabah)

SKPM laksana pelbagai program demi pembanguna­n murid

SKPM laksana pelbagai program demi pembanguna­n murid

-

SESI persekolah­an baharu telah kembali. Menjadi kelaziman kepada mana-mana sekolah untuk memulakan tahun baharu dengan aspirasi dan harapan yang lebih jitu, iaitu meneruskan kecemerlan­gan serta kebitaraan dalam lapangan masing-masing.

Hal ini selari dengan intipati Gelombang Kedua Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (20162020), bagi meneruskan usaha pemerkasaa­n sistem pendidikan massa agar lebih holistik, konkrit dan mendatangk­an hasil.

Gagasan ini turut disahut dengan penuh semangat oleh Sekolah Kebangsaan Pulau Mabul (SKPM) Semporna. Walaupun baru sebulan sesi persekolah­an berlangsun­g, pihak sekolah telah berjaya melaksanak­an tiga program utama khusus untuk pengisian kepada warga sekolah dan komuniti setempat.

Ketiga-tiga program ini telah dirancang dengan cukup rapi oleh pihak pengurusan sekolah sejak tahun lepas lagi. Di bawah kepimpinan Guru Besar SK Pulau Mabul Ustaz Hassan Mat, semua program telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Pada 15 Januari, pihak sekolah telah melaksanak­an tanggungja­wab sosialnya kepada alam sekitar dalam menjayakan Program Pemulihara­an Spesies Penyu buat julung kalinya. Menyedari spesies ini adalah terkawal dan perlu dipastikan kemandiria­nnya, pihak sekolah telah memastikan penjagaan yang rapi ke atas telur penyu yang berada di dalam kawasan sekolah sehingga menetas.

Pihak pengurusan sekolah bersama wakil-wakil pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Semporna telah melepaskan spesies berkenaan ke lautan terbuka pada hari berkenaan. Usaha itu dilihat sebagai satu langkah proaktif dan murni sekolah dalam menjayakan wawasan mewujudkan sekolah pendidikan pelanconga­n yang ulung, sesuai dengan kedudukan geografiny­a.

Pada 24 Januari pula, telah dilaksanak­an Majlis Perasmian Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) dan Kempen Saya Sayang Buku Teks peringkat sekolah.

Program bersama itu telah dianjurkan oleh Unit Pusat Sumber Sekolah bersamasam­a Unit Pengurusan Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah. Antara matlamat yang disasarkan dalam program serampang dua mata itu adalah untuk memupuk amalan membaca sebagai satu budaya sepanjang masa, di samping memberikan pendedahan langsung tentang penjagaan buku dalam kalangan murid.

Pelbagai pengisian turut dijalankan dalam sambutan itu, antaranya sesi membaca 10 minit yang melibatkan keseluruha­n warga sekolah, taklimat Nilam dan buku teks serta pertanding­an mewarna.

Dalam ucapannya ketika menyempurn­akan simbolik pelancaran program berkenaan, Hassan berkata ia adalah manifestas­i kesungguha­n warga pendidik untuk menggalakk­an anak-anak yang berada di pulau itu membudayak­an amalan membaca.

“Bukan setakat di sekolah, bahkan berlanjuta­n di rumah. Dalam hal ini, semua pihak perlu berganding bahu menjayakan matlamat ini,” katanya.

Seterusnya pada 25 Januari, telah dilangsung­kan Program Rentas Desa peringkat sekolah buat kali pertama pada tahun ini.

Program itu turut melibatkan semua warga sekolah dan apa yang lebih membanggak­an, ibu bapa murid turut hadir menyertai program berkenaan untuk memberikan sokongan kepada anak-anak mereka.

Pengisian bermula dengan pendaftara­n para peserta dan senamrobik. Selepas itu, semua murid dilepaskan secara berperingk­atperingka­t oleh wakil penguatkua­sa Pangkalan Operasi Hadapan (IFOB) bersama Pasukan Gerakan Am Pulau Mabul.

Sesi penyampaia­n pingat dan sijil turut diadakan di penghujung program berkenaan.

“Bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang, adalah amat perlu bagi guru dan ibu bapa untuk memberikan pendedahan dan galakan kepada anak-anak mereka menceburi semua aspek kemahiran.

“Kita tidak menafikan pencapaian akademik adalah amat penting, tetapi keadaan ini akan lebih bernilai sekiranya nilai pencapaian murid diperkasa secara menyeluruh,” kata Hassan.

Beliau berkata kesemua program yang telah dijayakan oleh pihak sekolah memberikan gambaran yang positif tentang nilai ambil peduli sekolah dan warga komuniti tentang aspek pembanguna­n nilai keberhasil­an murid.

Momentum itu tambahnya, akan diteruskan dengan sebaik mungkin dengan mengambil kira segala bentuk perancanga­n, pelaksanaa­n dan tambah baik program.

Sesuai dengan slogan yang menjadi pegangan warga sekolah, ‘SK Pulau Mabul: Berani Mendepani Cabaran’,

tiada yang mustahil untuk dilaksanak­an sekiranya ada kemahuan dan kesepakata­n semua pihak.

“Bagi melahirkan murid yang cemerlang dalam semua bidang, adalah amat perlu bagi guru dan ibu bapa untuk memberikan pendedahan dan galakan kepada anak-anak mereka menceburi semua aspek kemahiran. ”

USTAZ HASSAN MAT Guru Besar SK Pulau Mabul

 ??  ??
 ??  ?? PROGRAM pelepasan anak penyu oleh pihak PPD bersama sekolah.
PROGRAM pelepasan anak penyu oleh pihak PPD bersama sekolah.
 ??  ?? HASSAN melancarka­n simbolik Pelancaran Program Nilam dan Kempen Saya Sayang Buku Teks.
HASSAN melancarka­n simbolik Pelancaran Program Nilam dan Kempen Saya Sayang Buku Teks.
 ??  ?? PENGAWAS Pusat Sumber Sekolah merakam gambar kenangan bersama Hassan.
PENGAWAS Pusat Sumber Sekolah merakam gambar kenangan bersama Hassan.
 ??  ?? ANTARA tetamu jemputan yang turut hadir memberikan sokongan.
ANTARA tetamu jemputan yang turut hadir memberikan sokongan.
 ??  ?? GAMBAR kenangan bersama para pemenang Program Rentas Desa.
GAMBAR kenangan bersama para pemenang Program Rentas Desa.
 ??  ?? MURID-MURID menjayakan sesi membaca 10 minit.
MURID-MURID menjayakan sesi membaca 10 minit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia