Utusan Borneo (Sabah)

Pilih k’jaan diyakini mampu jaga kebajikan rakyat: Najib

-

PUTRAJAYA: Tahun 2018 adalah penting buat rakyat untuk membuat keputusan memilih pihak yang diyakini boleh mentadbir negara, sentiasa menjaga kebajikan rakyatdanm­elihatkeha­dapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada perhimpuna­n bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana di sini pada Isnin, Najib berkata untuk itu, kerajaan juga memerlukan semua penjawat awam untuk menjalanka­n pentadbira­n negara dengan cekap, efisyen dan berintegri­ti supaya segala inisiatif kerajaan sampai ke tangan rakyat.

“Sebaliknya jika kita bersikap sambil lewa atau menambah permasalah­an tanpa penyelesai­an atau terlalu bersifat 'red tape', tentu sahaja kita tidak dapat memenuhi harapan rakyat," katanya pada perhimpuna­n bulanan JPM pertama untuk tahun ini. Perhimpuna­n bulan lepas dibatalkan atas sebab cuaca.

Beliau berkata akujanji kerajaan pimpinanny­a kepada rakyat yang dibuat pada lima tahun lepas berjaya mencapai 97.6 peratus pelaksanaa­nnya yang tidak mungkin menjadi kenyataan jika tiada kerjasama erat dalam kalangan penjawat awam.

“Satu hubungan yang kita perlu terus pelihara dan mantapkan lagi kerana penjawat awam adalah tulang belakang yang kita harapkan untuk mencapai cita-cita besar untuk Malaysia,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah banyak kejayaan yang dicapai negara dengan yang terbaharu, Forum Ekonomi Dunia yang meletakkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik dalam Indeks Pembanguna­n Inklusif (IDI).

Menurutnya Malaysia berada pada nombor 13 di dunia dan satu di Asia, manakala China di tempat ke-25 dan India nombor 62.

Najib berkata nilai Ringgit turut mengukuh dengan melepasi paras psikologi RM4 pada 5 Jan lepas dan menjadi antara mata wang yang mencatat prestasi terbaik di dunia.

Katanya Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Datuk Seri Ranjit Ajit Singh memaklumka­n pengukuhan nilaiRingg­ititudisum­bangkan oleh kemasukan dana asing kerana keyakinan terhadap dasar-dasar negara, selain kenaikan harga minyak. Bernama

 ??  ?? NAJIB (kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Isnin.
NAJIB (kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menyampaik­an ucapan pada Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia