Utusan Borneo (Sabah)

UPKO SEDIA GEMPUR

Tawan semula kerusi parlimen dan negeri di Penampang

-

PENAMPANG: Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) bersedia untuk memenangi semula kerusi Parlimen Penampang dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan itu untuk Barisan Nasional (BN).

Pemangku Presidenny­a Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata BN Penampang kini serik menjadi pembangkan­g di kawasan Parlimen itu selama hampir lima tahun sejak gagal mempertaha­nkan kerusi Parlimen dan kerusi DUN Moyog dan Kepayan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

“Kita (BN) menjadi ‘pembangkan­g’ di Penampang, tetapi kitalah yang sentiasa memberi khidmat kepada rakyat di kawasan ini. Betapa rindunya kita menjadi wakil rakyat di sini. Kita mesti yakin untuk menang dan adalah menjadi tanggungja­wab kita untuk menang.

“Jangan sesekali percaya pembangkan­g akan menang pada PRU14,” katanya ketika melancarka­n Jentera PRU14 UPKO Penampang di sini, Isnin.

Pada PRU13, Presiden Kehormat UPKO Tan Sri Bernard Dompok tewas kepada calon PKR, Darell Leiking dalam merebut kerusi Parlimen Penampang.

Kerusi DUN Moyog pula gagal dipertahan­kan oleh calon UPKO Datuk Philip Lasimbang yang kalah kepada Terrence Siambun atas tiket PKR, manakala Datuk Edward Khoo dari MCA tewas kepada calon DAP Dr Edwin Bosi dalam merebut kerusi DUN Kepayan.

Leiking kini Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Siambun turut beralih kepada Warisan, manakala Bosi beralih kepada Parti Anak Negeri.

Tangau, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, turut berkata Bosi pernah berjumpa dengannya dan memuji kerja UPKO dan menyatakan minat untuk menyertai parti komponen BN itu namun memberi syarat untuk menganggot­ai UPKO serta dicalonkan semula untuk kerusi DUN Kepayan.

“Tetapi saya memberitah­u yang kerusi Kepayan adalah milik MCA dan UPKO tidak berhak untuk merampasny­a,” katanya sambil menasihati anggota parti supaya tidak keliru dengan hasutan dan isu yang dimainkan oleh pembangkan­g.

Katanya, pembangkan­g sentiasa menghadapi konflik, termasuk dalam menentukan calon ketua menteri jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan negeri.

“Undi sahaja BN kerana sudah pasti ketua menteri adalah anggota BN iaitu Tan Sri Musa Aman.

Untuk calon perdana menteri pula, sudah tentu Datuk Seri Najib Tun Razak. Pembangkan­g pula mahu seorang pemimpin yang telah berusia 93 tahun,” katanya. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? ROSMADI (tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an diantara Universiti Malaya yang diwakili Dekan Fakulti Alam Bina Prof Dr Yahya Ahmad (dua, kanan) dengan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Datuk Seri Dr Tengku...
Gambar BERNAMA ROSMADI (tengah) menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an diantara Universiti Malaya yang diwakili Dekan Fakulti Alam Bina Prof Dr Yahya Ahmad (dua, kanan) dengan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Datuk Seri Dr Tengku...
 ??  ?? MADIUS
MADIUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia