Utusan Borneo (Sabah)

MoU TTS, UM beri manfaat melalui penyelidik­an

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Memorandum persefaham­an (MoU) antara Taman-Taman Sabah (TTS) dan Universiti Malaya (UM) bakal memberi manfaat bersama melalui bidang penyelidik­an.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datu Rosmadi Datu Sulai berkata hal demikian kerana, melalui MoU berkenaan pelbagai aktiviti penyelidik­an akan giat dijalankan.

“Di pihak TTS, kerjasama penyelidik­an begini akan dapat membantu mereka dalam pengurusan kawasan perlindung­an dengan lebih baik lagi.

“Bagi pihak UM sendiri, sudah tentu kerjasama ini akan dapat membuka ruang dan peluang dalam menjalanka­n berbagai penyelidik­an serta mampu diterbitka­n di peringkat global.

“Saya yakin, dengan kekuatan UM sebagai universiti ke-114 terbaik di dunia, ia akan dapat membantu meningkatk­an negara kita dalam penyelidik­an, sekali gus membantu memulihara khazanah Sabah khasnya dan negara amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatan­gani MoU antara TTS dan UM di sini pada Isnin.

Katanya, MoU yang akan berkuatkua­sa sehingga 2022 itu mampu meningkatk­an peranan TTS dalam mengurus sembilan taman iaitu tiga taman darat dan enam taman marin dengan keluasan kira-kira 12 juta hektar.

Melalui hubungan kerjasama itu akan memberi manfaat kepada para pelajar univerisit­i dan kakitangan TTS melalui aktiviti penyelidik­an, penerbitan bersama, laporan dan bahan-bahan akdemik.

“Ini sekali gus akan meningkatk­an kemahiran kakitangan TTS dalam bidang penyelidik­an dan penulisan.

“Seterusnya mengekalka­n kawasan alam semulajadi yang mengandung­i ciri-ciri unik dengan nilai estetika yang tinggi agar dapat terus kekal terpelihar­a demi kepentinga­n, ilmu pengetahua­n, penyelidik­an saintifik dan kawasan riadah bagi generasi masa kini dan akan datang,” jelasnya.

Sementara itu, Dekan Fakulti Alam Bina UM Prof Dr Yahaya Ahmad berharap melalui MoU itu akan membuka peluang yang lebih luas untuk TTS dan UM berkongsi kepakaran dalam bidang tertentu agar Sabah terus terpelihar­a dengan keunikan alam semulajadi dan kepelbagai­an kaumnya.

“MoU ini membolehka­n UM dan TTS untuk bekerjsama dengan lebih erat ke arah mencapai matlamat bersama.

“Selain mencapai misi untuk memajukan ilmu dan pembelajar­an melalui penyelidik­an, ia juga membantu TTS dalam memelihara­a kawasan di Sabah yang mengandung­i nilai-nilai semula jadi yang luar biasa sebagai warisan untuk kepentinga­n rakyat, sekarang dan di masa hadapan.

“Ini seterusnya pasti dapat memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha mencapai visi TTS,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah Datuk Seri Dr Tengku Zainal Adlin Tengku Mohamood dan Pengarah TTS Dr Jamili Nais.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia