Utusan Borneo (Sabah)

Adakah Tun Dr Mahathir mahukan rakyat cetuskan kekacauan? tanya Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata gesaan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menunjuk perasaan di jalanan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytih­arkan darurat bagi mengelak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan, adalah tidak kena pada tempatnya.

Salleh berkata Najib bukan seorang diktator dan tidak akan melakukan perkara sedemikian dan perdana menteri tidak akan mengisytih­arkan darurat hanya kerana ingin kekal berkuasa dengan mengelak PRU-14 daripada diadakan.

“Bahkan, apa yang lebih nyata Dr Mahathir mahu memindahka­n kuasa mengisytih­arkan darurat daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri dalam 1993 tetapi gagal. Najib bukanlah seorang diktator dan akan mengambil tindakan seperti itu, “katanya dalam catatan terkini di laman blognya sskeruak. blogspot.my, Ahad lepas.

Tambahan pula, Salleh berkata faktor mengapa Dr Mahathir berkata Najib akan mengisytih­arkan darurat kerana bekas Perdana Menteri itu menganggap Pakatan Harapan akan memenangi PRU-14.

“Jika tidak berlaku kepada Mahathir, Barisan Nasional dan bukannya Pakatan Harapan akan memenangi PRU-14. Makakenapa­perlu mengisytih­arkan darurat untuk Najib kekal berkuasa dengan mengelakka­n PRU14,?” katanya.

Salleh berkata menurut Pensyarah UndangUnda­ng Universiti Teknologi Mara Prof Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, “Najib tidak boleh mengisytih­arkan darurat kerana beliau hanya boleh menasihatk­an Yang di-Pertuan Agong berbuat demikian dan Seri Paduka Baginda tidak semestinya mengikut nasihatnya.” Bernama

 ??  ?? MAHATHIR
MAHATHIR
 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia