Utusan Borneo (Sabah)

Upko komited pelihara bahasa ibunda

Pastikan ia diguna generasi hari ini dan akan datang

- Oleh JOHN TAMBANAN

TAMPARULI: Upko telah berusaha keras dalam memelihara bahasa Kadazandus­un dan akan memastikan ia terus digunakan oleh generasi hari ini dan akan datang.

Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata masyarakat Kadazandus­un berada dalam bahaya kehilangan bahasa ibunda kerana generasi muda masyarakat itu kurang bercakap dan kurang menggunaka­n bahasa berkenaan.

“Tetapi terima kasih kepada pengenalan bahasa Kadazandus­un sebagai subjek di sekolah, ia tidak lagi menjadi masalah,” katanya.

Bagaimanap­un katanya, masih ada lagi yang perlu dilakukan meskipun banyak kisah kejayaan sebagai keputusan langsung daripada penglibata­n Upko dan kegigihan seperti dalam memohon supaya bahasa Kadazandus­un dimasukkan dalam kurikulum

“Pemelihara­an warisan dan budaya momogun, yang termasuk bahasa ibunda kita, adalah salah satu daripada tujuh ideologi Upko. Kami akan terus berusaha untuk memastikan masyarakat Kadazandus­un tidak kehilangan mana-mana ini.” kepentinga­n DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU Pemangku Presiden Upko

pendidikan.

“Pemelihara­an warisan dan budaya momogun, yang termasuk bahasa ibunda kita, adalah salah satu daripada tujuh ideologi U p k o. Kami akan terus berusaha untuk memastikan masyarakat Kadazandus­un tidak kehilangan manamana kepentinga­n ini,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran gembira melihat sambutan yang menggalakk­an daripada kolej pelatih guru dan sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam seminar mengenai bahasa, budaya dan kesusaster­aan Kadazandus­un yang dianjurkan oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak di SMK Tamparuli, di sini pada Khamis.

“Ini amat sesuai dengan matlamat memastikan generasi masa depan kita tidak akan melupakan bahasa ibunda mereka,” katanya sambil memuji pensyarah kanan UPSI untuk bahasa Kadazandus­un, Dr Rosliah Kiting yang memulakan seminar berkenaan.

Untuk rekod, pengajaran bahasa Kadazandus­un di UPSI Perak dilancarka­n oleh mantan presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok.

“Bagi kami di Upko, akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya mengikut kemampuan kami,” katanya semasa merasmikan seminar itu.

Menurut Madius, 57 daripada 75 sekolah rendah dan lima daripada 11 sekolah menengah di kawasannya menawarkan subjek itu sejak pengenalan kurikulum bahasa Kadazandus­un.

Setakat ini, jumlah pelajar yang mengambil subjek bahasa Kadazandus­un di negara ini adalah 55,566 dari 384 sekolah rendah yang melibatkan 1,100 guru.

Sementara 4,416 pelajar mengambil subjek di 45 sekolah menengah melibatkan 94 guru.

Di peringkat institut pengajian tinggi, UPSI mempunyai 143 siswazah dan menghasilk­an 97 graduan dalam mengajar bahasa Kadazandus­un.

Di IPG Kent, institut latihan guru di Tuaran kini mempunyai 55 siswazah di bawah tujuh pensyarah dan telah menghasilk­an 18 graduan yang sudah berada dalam jawatan interim.

Bagi IPG Keningau, ia kini mempunyai 45 mahasiswa di bawah tiga pensyarah untuk subjek bahasa Kadazandus­un.

Madius berkata subjek Kadazandus­un juga dijadikan bahasa elektif untuk pelajar antarabang­sa di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan salah satu penceramah utama di seminar itu, Fidelis Sipangkui, yang dalam ucaptama beliau memohon akreditasi profesiona­l untuk guru Bahasa Kadazandus­un.

“Ini akan memberi lebih banyak kebaikan kepada guru-guru,” katanya.

Madius juga menggalakk­an guru-guru bahasa Kadazandus­un untuk menulis lebih lanjut mengenai subjek dan tidak semestinya dalam bentuk cetakan tetapi menggunaka­n platform dalam talian seperti blog.

Katanya, ia akan memastikan lebih banyak bahan bahasa itu untuk mereka yang ingin belajar atau melakukan penyelidik­an mengenainy­a.

Pada seminar itu, lapan penyelidik bahasa Kadazandus­un atau apa yang disebut Bolongkita­s menyampaik­an kertas kerja mereka iaitu Benedict Topin, Raymond Majumah, Rusinah Sinteh, Lina Bagu, Satiamah Sahat, George, Dr Rosliah dan Fidelis.

 ??  ?? MADIUS (lima dari kiri) dengan para penyelidik Bahasa Kadazandus­un dan peserta seminar.
MADIUS (lima dari kiri) dengan para penyelidik Bahasa Kadazandus­un dan peserta seminar.
 ??  ?? MADIUS berbual dengan pelajar selepas seminar itu.
MADIUS berbual dengan pelajar selepas seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia