Utusan Borneo (Sabah)

Penguatkua­saan perlu dilaksana segera

-

KOTA KINABALU: Pengerusi Biro Komunikasi dan Multimedia Upko Felix Joseph Saang berkata sudah tiba masanya kerajaan menggubal atau mengkaji undang-undang baharu bagi membendung gejala penyebaran berita dan maklumat palsu, khususnya yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata, perkara itu boleh menjadi ancaman kepada keselamata­n, keharmonia­n dan kesejahter­aan negara kerana gejala penyebaran berita palsu juga boleh mencetus ketegangan politik sekiranya tidak dikawal.

“Perkara ini dipandang serius oleh pelbagai pihak dan sudah sekian lama menjadi isu kritikal yang boleh mempengaru­hi dan membawa kesan negatif kepada masyarakat umum.

“Ramai yang berpendapa­t bahawa penyebaran berita palsu ini tidak menguntung­kan mana-mana pihak malah mengancam keamanan dan kestabilan politik negara,” katanya.

Felix berkata, Upko menyokong penuh jawatankua­sa khas yang telah ditubuhkan baru-baru ini oleh kerajaan untuk mengkaji undang-undang baharu bagi membendung penyebaran berita palsu.

“Saya difahamkan bahawa perkara ini akan dibawa kepada pertimbang­an Kabinet.

Cadangan kerajaan amat bertepatan sekali sesuai dengan perkembang­an media sosial dan alam siber masa kini yang semakin canggih dan amat sukar untuk dikawal,” katanya.

Beliau juga mencadangk­an agar pendedahan awal dan bimbingan awal tentang penggunaan media sosial yang lebih berbudaya dan beretika perlu diterapkan lebih awal kepada para pelajar bermula di peringkat sekolah rendah.

Katanya, penggunaan media sosial yang telus dan berhemah perlu dipupuk kepada generasi muda yang bakal mewarisi pembanguna­n dan kemajuan negara.

 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia