Utusan Borneo (Sabah)

Rozman yakin masyarakat Tionghua Labuan sokong BN

-

LABUAN: Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yakin masyarakat Tionghua di Wilayah Persekutua­n Labuan masih menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ia keranakata­nya, masyarakat Tionghua tidak pernah dipinggirk­an oleh kerajaan BN yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau yang juga pengerusi Perbadanan Labuan berkata ia terbukti apabila kerajaan Pusat melalui Kementeria­n Wilayah Persekutua­n telah menyalurka­n peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina dan menaiktara­f dua sekolah Cina iaitu SJK(C) Chung Hwa dan SJK(C) Chi Wen serta projek kampung yang sudah dan sedang dilaksanak­an.

“Saya yakin malah mahu melihat masyarakat Tionghua Labuan terus memberikan sokongan kepada kerajaan dan BN sekaligus meningkatk­an majoriti lebih besar kepada calon BN pada PRU-14,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Tahun Baru Cina anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di sini.

Turut hadir, Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kee Yee, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua PBS Labuan Datuk Peter Mak, Ketua Upko Bahagian Labuan Datuk Ronald James Majaing, Ketua MIC Bahagian Labuan Datuk Ramasamy a/l Rengasamy serta Ketua Kampung Sungai Keling Sia Kiat Leong.

Rozman yang juga pengerusi BN Labuan turut memberikan keyakinan kepada masyarakat Tionghua mengenai perubahan besar yang akan berlaku kepada Labuan melalui pelbagai projek yang dirancang seperti yang terkandung dalam Pelan Kerangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030.

“Pembinaan jambatan yang dijangka siap pada tahun 2023 bukan sahaja menjadi pemangkin kepada pertumbuha­n ekonomi Labuan tetapi juga merubah Labuan menjadi sebuah bandar lestari yang pesat membangun. Rakyat termasuk masyarakat T i ong h u a akan turut menikmati pembanguna­n Labuan pada masa depan,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada Dewan Perniagaan Tionghua Labuan yang sentiasa bekerjasam­a membantu kerajaan dengan menghulurk­an sumbangan kepada masyarakat Labuan yang kurang berkemampu­an.

Pada majlis itu, Rozman turut mengumumka­n sumbangan untuk komuniti Tionghua Labuan berjumlah RM64,000 sebagai persediaan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini.

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n telah menyumbang sebanyak RM20,000 manakala RM42,000 adalah sumbangan daripada beliau melalui peruntukan Parlimen.

 ??  ?? ROZMAN (dua kanan) bersama Wong (kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian karnival itu.
ROZMAN (dua kanan) bersama Wong (kanan) memalu gong sebagai simbolik perasmian karnival itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia