Utusan Borneo (Sabah)

Maklumkan kepada PPD: Kamarlin

Mengenai keadaan sekolah daif

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Mana-mana sekolah daif khususnya di kawasan Lumadan yang memerlukan pembaikan diminta melaporkan perkara itu terus kepada

Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan lanjut.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Kamarlin Ombi berkata, walaupun beliau sudah mengenal pasti sekolahsek­olah yang memerlukan perhatian namun adalah keperluan pihak sekolah turut mengemukak­an perkara itu kepada PPD agar tidak terlepas pandang.

Ia kerana, kerajaan Pusat telah menyediaka­n satu peruntukan khas sebanyak RM1 bilion kepada sekolah-sekolah daif di negeri Sabah menerusi bajet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak

“Saya tahu mana sekolah yang memerlukan perhatian namun saya meminta kepada pihak sekolah untuk memaklumka­n perkara itu kepada PPD ‘dalam hitam putih’ agar tindakan dapat diambil.

“Saya juga akan memberi surat sokongan kepada sekolah-sekolah yang telah mengemukak­an perkara itu kepada PPD agar pihak ber- wajib dapat menyegerak­an pembaikan yang perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Gadong Ke-47 di Kompleks Sukan Beaufort pada Isnin.

Dalam pada itu, Kamarlin yang juga Adun Lumadan berkata, rakyat di negara ini amat bertuah kerana diterajui oleh kerajaan yang amat prihatin terhadap rakyat.

Katanya, menerusi kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, banyak kemudahan serta bantuan telah diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.

Beliau memberi contoh bahawa kerajaan sentiasa mengambil berat aspek pendidikan di negara ini yang mana kerajaan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan dan bantuan yang bermanfaat.

Justeru katanya, rakyat di negara ini harus bersatu dan terus memberikan sokongan kepada kerajaan sedia ada demi memastikan kebajikan setiap rakyat terjamin.

“Saya tahu mana sekolah yang memerlukan perhatian namun saya meminta kepada pihak sekolah untuk memaklumka­n perkara itu kepada PPD ‘dalam hitam putih’ agar tindakan dapat diambil.” DATUK KAMARLIN OMBI Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

 ??  ?? KAMARLIN menyampaik­an sijil kepada salah sebuah sekolah yang terlibat.
KAMARLIN menyampaik­an sijil kepada salah sebuah sekolah yang terlibat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia