Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga SJA 2018 disambut meriah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Hari Keluarga Persatuan Wartawan Sabah (SJA) disambut meriah dengan penglibata­n lebih 200 ahli bersama keluarga masingmasi­ng, yang diadakan di pantai Tanjung Aru pada Ahad.

Presiden SJA Muguntan Vanar berkata, sambutan hari keluarga itu dilaksanak­an dengan jayanya berkat sumbangan dan kerjasama semua organisasi media di negeri ini.

Katanya kerjasama dan sokongan padu daripada semua ahli persatuan amat dihargai khususnya yang diberikan oleh ahli jawatankua­sa tertinggi SJA yang bertungkus lumus menjayakan program tahunan itu.

“Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada anda semua kerana kami tidak dapat mengadakan hari keluarga pada 2017 disebabkan peralihan jawatankua­sa baharu yang berlangsun­g pada Ogos tahun lepas termasuk penganjura­n Anugerah Shell.

“Bagaimanap­un, kita berjaya mengadakan­nya awal tahun ini dengan penuh meriah sekali yang dihadiri pengamal media yang lama dan baharu untuk saling kenal mengenali dan mengeratka­n hubungan antara satu sama lain,” katanya.

Beliau juga merakam penghargaa­n kepada semua penaja Hari Keluarga SJA termasuk Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, jemaah menteri, parti politik, individu mahupun ahli perniagaan.

Pada masa sama, Muguntan

(tiga kanan) menyampaik­an cendera kenangan sebagai menghargai sumbangan Allahyarha­m Kassim Sangi yang diterima oleh isteri Allahyarha­m.

turut mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m Kassim Sangi yang meninggal beberapa bulan lalu, yang banyak memberi bantuan dan sumbangan kepada SJA.

Selain itu, pelbagai pengisian turut diadakan seperti tarian singa, sukaneka, pertanding­an menyanyi dan sebagainya yang disertai oleh anggota keluarga SJA.

Pada sambutan itu juga, Muguntan bersama ahli SJA yang lain turut menyempurn­akan acara memotong kek dan menggaul Yee Sang sempena Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Turut hadir ialah barisan jawatankua­sa SJA iaitu Naib Presiden Diana Dominic, Bendahari James Tseu, Setiausaha Lailah Elok dan Penolong Setiausaha Siti Aisyah Narudin.

 ??  ?? MUGUNTAN
MUGUNTAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia