Utusan Borneo (Sabah)

Tiga suspek pengedar dadah dicekup

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Sandakan menahan tiga lelaki dalam serbuan berasingan kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphet­amine.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar H amin berkata suspek pertama berumur 27 tahun ditahan kira-kira jam 8.45 malam Khamis lepas (1 Februari) semasa menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 125Z kerana didapati memiliki dadah dengan anggaran 50.1 gram.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam poket seluar bahagian hadapan sebelah kiri yang dipakai oleh suspek terdapat satu plastik berwarna biru yang di dalamnya terdapat satu sampul surat berwarna putih bertulis ‘BY AIR MAIL PAR AVION’ dan setelah dibuka didapati di dalamnya terdapat satu paket plastik jernih berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine (syabu),” katanya.

Tangkapan kedua, pada hari yang sama sekitar jam 9.30 malam, hasil tindakan susulan, pihak JSJN IPD Sandakan telah membuat serbuan dan pemeriksaa­n di sebuah rumah tidak bernombor di Batu 11 dan telah menahan seorang lelaki warga asing berumur 46 tahun di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Azhar berkata pemeriksaa­n di dalam bilik itu telah menjumpai satu paket plastik jernih berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine, satu kerajang timah, satu pemetik api yang diubahsuai dan satu sampul surat di atas dulang plastik berwarna merah di atas lantai.

Setelah dibuka, dapati ia mengandung­i satu paket plastik jernih berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine seberat 51.0 gram.

Tangkapan ketiga pada 3 Februari jam 2 pagi, sepasukan polis dari JSJN IPD Sandakan telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Forest dan telah menahan seorang lelaki warga asing berumur 55 tahun yang berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Hasil pemeriksaa­n telah menemui satu beg kecil berwarna hijau di dalam poket bahagian hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh suspek dan setelah dibuka dapati mengandung­i satu paket plastik sederhana besar yang di dalamnya ada 94 paket plastik kecil berisi ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphet­amine bersama sembilan lipatan kertas timah. Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah 9.4 gram.

Menurut Azhar, ujian air kencing ke atas ketiga-tiga suspek juga positif dadah jenis methamphet­amine.

Beliau berkata suspek pertama dan kedua ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala suspek ketiga disiasat mengikut Seksyen 39A(1) ADB 1952. Ketigatiga mereka juga disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Sehubungan itu, beliau mengucapka­n syabas dan terima kasih kepada orang awam yang telah menyalurka­n maklumat sehingga tertangkap­nya pengedar dadah terbabit.

 ??  ?? AZHAR bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek.
AZHAR bersama pegawainya menunjukka­n dadah yang dirampas daripada ketiga-tiga suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia